PERASAAN rendah diri atau 'insecure' ada kalanya hadir secara tiba-tiba dan tanpa disedari ia perlahan-lahan menghakis keyakinan dalam diri.
Itulah situasi dialami wanita berusia 24 tahun ini hingga dia perlahan-lahan mula menjauhkan diri daripada rakan-rakan sebaya yang kini memiliki kerjaya serta kehidupan stabil.
Dalam perkongsiannya, wanita itu mengakui sering berasa tidak setanding dan seolah-olah ketinggalan apabila meluangkan masa bersama rakan-rakan yang sudah berada di fasa kehidupan berbeza daripadanya.
Setiap wanita mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia. -Gambar hiasan AI
"Kawan-kawan berjaya yang hidup stabil dah dapat kerja dalam sektor kerajaan. Ada kereta, telefon jenis terkini, barang kemas kiri kanan. Rasa tak guna dan insecure bila lepak dengan mereka.
"Saya satu-satunya yang belum ada apa-apa walaupun sudah 24 tahun. Kadang menitik air mata. Takut sangat rasa syukur tu hilang. Jangan judge saya," ujarnya dalam hantaran tersebut.
Disebabkan perasaan tersebut, wanita itu berkata dia mula kurang selesa untuk memaparkan kehidupannya di media sosial seperti dahulu.
ARTIKEL BERKAITAN: “Maaf tau, saya orang Kelantan” - Peguam luah rasa rendah diri, pernah ditolak sebab asal usul
ARTIKEL BERKAITAN: Staf bank tak sensitif tanya soalan... Mualaf murung, rendah diri disangka anak luar nikah kerana nama 'Abdullah'
"Saya pun sebelum ni aktif main (layari) Instagram. Suka sisipkan kenangan. Tapi sejak kawan-kawan saya bekerjaya, saya rasa rendah diri dan tak sesuai.
"Daripada situ saya sudah jarang aktif menggunakan media sosial seperti kebiasaannya. Insya-Allah ada rezeki kita nanti," ujarnya.
- Wanita 24 tahun luah rasa rendah diri sebab kawan sebaya dah berjaya.
- Akui 'insecure' sampai menangis bila lepak dengan mereka.
- Kini jarang aktif di Instagram kerana segan kongsi kehidupan.
- Yakin rezeki masing-masing berbeza, tetap doa masa diri sendiri akan tiba.
- Netizen beri semangat, pesan jangan bandingkan diri dengan orang lain.
Luahan tersebut meraih perhatian warga maya yang memahami isi hati wanita berkenaan.
Rata-ratanya tampil memberi kata-kata semangat kepada pengadu supaya dia berasa lebih yakin dan positif.
"Enjoy dan hargai setiap perjalanan kehidupan kita. Teruskan perbaiki diri tetapi bukan untuk buktikan pada sesiapa. Semoga Allah berkati awak.
Antara komen netizen pada hantaran asal.
"Awak masih muda. Awak boleh mula sekarang tak payah nak bandingkan diri dengan sesiapa. Fokus apa awak nak capai dan mula dari mana. Semua ikut masa sendiri jangan risau.
"Normal je sis. Saya pun menjauhkan diri sebab tak nak ada perasaan dengki atau cemburu tengok kejayaan kawan-kawan.
"Saya yakin rezeki belum sampai je. Satu hari nanti saya akan berjaya macam mereka juga," antara komen beberapa netizen tersebut.