ISU cara berpakaian yang dianggap tidak sopan dengan mendedahkan bahagian tubuh di tempat awam terus menjadi perdebatan dalam kalangan masyarakat.
Di Thread, seorang wanita melahirkan rasa kurang senang tatkala melihat individual lain melakukan aktiviti riadah dengan berpakaian yang pada pandangannya tidak sesuai di tempat terbuka.
"Boleh tak pakai sopan sikit kalau berjoging dekat kawasan awam. Tak kisah la kau agama apa sekali pun.
"Aku ada pergi sebuah tasik di Kuala Lumpur, terserempak dengan perempuan yang pakai seluar tight pendek atas lutut dan singlet sahaja.
Kita mestilah menjaga adab dan cara berpakaian mengikut tempat dan kesesuaian. -Gambar hiasan
"Hilang terus mood aku. Bukan suruh kau pakai jubah tapi berpada-pada la dekat kawasan awam. Orang bawa keluarga. Kemaluan (rasa malu) kau dah hilang ke apa," luahnya.
Bagaimanapun, pandangan itu mengundang pelbagai reaksi netizen termasuk yang mengecam dengan menyarankan agar dia tidak begitu mudah menghakimi orang lain.
ARTIKEL BERKAITAN: Badan gempal tapi tak segan pakai baju ketat, tertonjol ‘aset’ berlapis! Wanita pelik, dari mana dapat tahap ‘keyakinan tinggi’
ARTIKEL BERKAITAN: Selalu ‘brisk walk’ tapi seinci pun tak kurang! Rupanya selama ini salah teknik... Ini cara betul berjalan sambil bakar lemak
"Tundukkan pandangan dan move on je la sis. Tak payah nak jadi polis (hakimi) apa orang nak pakai.
"Buat hal sendiri je la, orang tu pun nak bersenam saja. Apa yang awak harapkan? Siapa awak nak tentukan apa seseorang perempuan kena pakai? Tak suka jangan tengok la, mudah.
"Alamak itu bukan hak awak nak cakap apa-apa. Tak semua minat nak tutup badan sendiri. Kalau awak tak selesa, tolong duduk rumah je.
"Hal di luar rumah, bukan kena ikut peraturan awak. Kami bayar bil sendiri," komen beberapa netizen yang tidak berpuas hati.
- Wanita kurang senang lihat individu berjoging pakai ketat di taman rekreasi.
- Dakwa wanita itu, individu berkenaan pakai singlet dan seluar pendek yang tidak sesuai di tempat awam.
- Luahannya cetus perdebatan apabila netizen memberikan pendapat berbeza.
- Ramai netizen kecam, tapi ada juga yang memahami apa cuba disampaikan.
- Wanita itu tegaskan dia berhak menegur sebagai rakyat Malaysia.
Walaupun pelbagai kecaman diterima namun ada juga yang cuba memahami niat dan harapan wanita tersebut di sebalik perkongsiannya.
"Apabila baca semua komen (kecaman), saya rasa orang ramai memang tak praktik nilai sopan santun, ikut adab ketimuran sudah.
"Saya faham maksud awak tapi mereka berhak pilih apa mereka nak pakai. Sama macam awak, pilih nak cakap apa. Jadi nasihat terbaik kalau awak rasa tak selesa apa mereka pakai, pedulikan," komen beberapa netizen lain pula.
Komen netizen pada hantaran asal.
Susulan kritikan diterima, wanita terbabit tampil membalas salah satu komen netizen terhadapnya.
Tegasnya, dia berhak untuk menegur pakaian seseorang memandangkan dia merupakan salah seorang rakyat di negara ini.
"Sebagai rakyat Malaysia, saya berhak untuk menegur. Jika anda tak boleh terima (teguran), itu bukan masalah saya. Teruskan je la apa yang mereka nak pakai.
"Saya cakap apa yang perlu disampaikan dan mereka boleh buat apa saja mereka mahukan. Bukan saya ada kuasa boleh kawal orang lain pun kan," ujarnya.