suria

Bangga jaja kisah pernah jadi penyondol, wanita siap hina fizikal isteri ‘skandal’ - “Kenapa tak sebar gambar aku yang lawa?”

Segelintir lelaki curang kerana tidak berpuas hati dengan rupa paras dan fizikal isteri. -Gambar hiasan AI

PERCAYA atau tidak, memang wujud segelintir individu yang tidak malu 'menjaja' kisah aib sendiri di media sosial.

Di Thread, seorang wanita tular selepas membuat pengakuan berani mengenai dirinya yang pernah menjadi 'penyondol' rumah tangga.

"Percaya tak, aku pernah jadi penyondol sekali. Tapi gambar yang ditularkan adalah gambar zaman aku muda yang tak ada duit.

Lambat atau cepat, isteri pasti dapat menghidu kecurangan suami. -Gambar hiasan AI

"Kenapa si isteri tak sebar gambar aku yang lawa dan cantik? Sebab dia tercabar diri dia tak lawa masa tu. Hitam dan gemuk," tulis wanita itu.

Hantaran berbaur provokasi itu dihujani dengan pelbagai komen netizen.

Seorang wanita di ruangan komen turut meluahkan rasa geram ekoran tindakan wanita itu yang menghina rupa paras isteri skandalnya.

  • Seorang wanita tular selepas mengaku pernah jadi ‘penyondol’ rumah tangga orang di Thread.
  • Dia mempertikai tindakan isteri skandal menyebarkan gambar lamanya yang kurang menarik.
  • Kenyataannya yang menghina rupa paras isteri skandal mencetuskan kemarahan netizen.
  • Netizen mengecam sikapnya yang tidak menunjukkan penyesalan.
  • Ramai melabelnya dengan gelaran hina serta menyamakannya dengan haiwan.

"Gembira tengok hati perempuan lain hancur? Sedikit penyesalan pun tiada. Siap cakap isteri orang tu hitam dan gemuk. 

"Mungkin (balasan) kau tak rasa, tapi anak kau (akan) rasa nanti. Allah memerhati," tulis komen itu.

Beberapa lagi pelayar Thread turut melabelkan wanita tersebut dengan pelbagai gelaran kerana geram dengan pengakuannya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kawan baik sembunyi perangai ‘penyondol’ di sebalik tudung labuh, suka ‘try’ suami orang! - “Selama ni saya tertipu”

ARTIKEL BERKAITAN: Bahagia hanya sekejap, ‘penyondol’ rumah tangga derita sakit sampai kena buang Rahim - “Tak tahulah kifarah atau apa”

"Kau bangga pernah jadi penyondol? Tahniah, sama taraf dengan khinzir.

"Penyondol tetap penyondol. Walaupun cantik, masih ada bau busuk penyondol.

"Cantik atau buruk, kalau kau penyondol, memang automatik tahap tapak kasut," tulis beberapa netizen.

Artikel Lain