INDIVIDU yang terlibat dengan najis dadah cenderung untuk bertindak di luar jangkaan sehingga membahayakan orang sekeliling.
Di Threads, seorang wanita mendakwa suami kepada pengasuh anaknya juga terlibat dengan bahan terlarang berkenaan sehingga mula berhalusinasi.
"Tak sampai sebulan saya tinggalkan anak kedua dengan pengasuh, dia beritahu suaminya boleh nampak virus-virus mengerumuni makanan.
Pengasuh perlu memastikan persekitaran di rumah mereka selamat untuk kanak-kanak. -Gambar hiasan
"Katanya pernah buat eksperimen tinggalkan seketul ayam atas meja dan suami dia boleh nampak virus. Saya terkejut, ini benda serius.
"Saya tahu mereka yang mengambil dadah perangsang selalunya akan mengalami halusinasi yang berkaitan dengan binatang," tulisnya.
Ketika itu, anak keduanya baru berusia dua bulan.
- Wanita mendakwa suami pengasuh anaknya terlibat dengan dadah hingga berhalusinasi.
- Suami pengasuh dikatakan boleh “nampak virus” pada makanan.
- Wanita bimbang keselamatan bayinya yang ketika itu baru berusia dua bulan.
- Dia segera menamatkan khidmat pengasuh walaupun belum cukup sebulan.
- Ternyata kebimbangan itu benar apabila suami pengasuh ditahan AADK atas kesalahan dadah.
Enggan mengambil risiko, wanita itu akhirnya mengambil keputusan untuk tidak lagi menghantar anaknya ke rumah pengasuh berkenaan.
Ternyata kebimbangannya berasas apabila suami pengasuh itu kemudian ditahan pihak berkuasa atas kesalahan berkaitan dadah.
"Nanti kalau dia nampak ada virus dekat baby saya, dia selam baby dalam baldi macam mana? Esoknya saya terus tak hantar ke pengasuh.
ARTIKEL BERKAITAN: Duit upah ‘dikaut’, pengasuh mengaku tak sabar jaga budak... Canang anak asuhan kuat meragam! ‘Babysitter’ otai beri teguran pedas
ARTIKEL BERKAITAN: Upah RM550 sebulan, tapi pemalas! Ibu sedih anak bau masam tiap kali ambil dari rumah pengasuh - “Saya dah sediakan sabun, bedak”
"Saya bayar separuh bulan. Saya dah tak ingat macam mana saya terangkan (alasan) dekat pengasuh tu demi nak jaga hati dia.
"Dan tak lama lepas tu, suami dia ditangkap Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK). Mungkin jadi tokan atau pengedar juga, Wallahualam," tulisnya.
Perkongsian wanita itu turut menerima pelbagai komen netizen.
Segera laporkan kepada pihak berkuasa jika mengesan sebarang penyalahgunaan dadah. -Gambar hiasan
"Seram penagih ni. Minta dijauhkan daripada orang macam ni.
"Ya Allah, betul tindakan awak. Alhandulillah, baby selamat.
"Teringat kes suami pengasuh rogol anak asuhan," tulis netizen.