SEORANG wanita berkongsi pengalaman menyesuaikan diri dengan keluarga mentua yang mengamalkan gaya hidup serba sederhana dan zuhud.
Menurutnya, ia jauh berbeza dengan latar belakang moden dirinya yang telah dibiasakan ibu bapa sejak kecil dalam menjalani kehidupan seharian.
Menerusi perkongsian di Threads, wanita itu memaklumkan keluarga mentuanya memilih untuk tidak menggunakan peralatan atau kemudahan canggih dalam menguruskan kehidupan seharian.
Kelengkapan elektrik menjadikan tugas lebih cepat berbanding kaedah manual. -Gambar hiasan AI (kiri)
"Ibu bapa mentua saya ni jenis humble, zuhud. Rumah tiada vakum, mesin basuh, penghawa dingin, pemanas air mahupun periuk nasi elektrik.
"Semua buat cara manual, cuma bila saya masuk dalam keluarga tu suami sediakan semua sebab tahu saya dari keluarga moden dan tak susah," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tak senang duduk mentua asyik suruh cari kerja... Anggap otak dah karat, tak nak mula dengan gaji rendah
ARTIKEL BERKAITAN: Hina kediaman flat baru dibeli, menantu beranikan diri ‘menjawab’ sampai mentua terdiam - “Macam rumah hantu”
Jelasnya, pada peringkat awal mentuanya tidak dapat menerima dirinya yang tidak boleh hidup cara sederhana seperti mereka.
"Mula-mula mak mentua macam tak boleh terima sebab dia nak saya adapt hidup diorang. Tapi saya tak layan. Kalau nak saya balik kampung bawa cucu, kena sediakan semua.
"Kalau tak, memang saya tak balik, atau balik pun duduk hotel,” katanya.
- Seorang wanita berkongsi pengalaman menyesuaikan diri dengan keluarga mentua yang memilih gaya hidup sederhana tanpa kelengkapan moden seperti mesin basuh dan penghawa dingin.
- Pada awalnya, ibu mentua kurang dapat menerima kerana menantunya enggan hidup cara manual, malah lebih selesa jika semua kemudahan asas disediakan.
- Suami tampil berperanan menyediakan keperluan moden sedikit demi sedikit, walaupun berbeza jurang latar belakang antara dua keluarga.
- Kini pasangan itu sedang membantu merenovasi rumah keluarga mentua supaya lebih selesa dengan ruang lebih besar untuk adik-adik yang bakal berkahwin.
- Netizen pula menekankan bahawa kelengkapan asas rumah bukan lagi soal kehendak, tetapi penting demi kesihatan dan kesejahteraan ibu berkeluarga, khususnya yang sedang hamil.
Malah dia mendedahkan, sewaktu merancang perkahwinan sebelum ini, keluarganya beberapa kali bertanya sama ada suaminya mampu menyediakan kehidupan selesa.
"Jurang antara keluarga kami memang jauh. Tapi suami saya sediakan semuanya, walaupun bukan sekaligus, dia sediakan satu persatu. Alhamdulillah, sekarang semuanya dah okay.
"Sekarang kami sedang bantu renovasi rumah mentua supaya lebih besar, sebab adik-adiknya pun dalam perjalanan nak berkahwin dan belum ada bilik yang sesuai,” katanya.
Reaksi netizen
Perkongsian berkenaan mengundang perhatian netizen dengan rata-ratanya berpendapatan kelengkapan asas di rumah bukan lagi soal kehendak, sebaliknya menjadi keperluan penting terutama bagi wanita berkeluarga.
“Bayangkan tengah sarat mengandung, kena basuh kain dengan tangan, kena masak nasi manual, lepas tu ada anak-anak lain pula nak kena uruskan. Memang jenuh jugak tu.
"Itu pentingnya taaruf dengan keluarga dan suami itu faham agama," kata warga maya.