suria

Dah goda pun tak ‘jalan’! Suami asyik bagi alasan penat, wanita makan hati ajakan ‘bersama’ kerap ditolak - “Sebulan sekali dua je dapat”

Hubungan suami isteri boleh menjadi dingin apabila salah seorang mengelak melakukan hubungan intim. -Gambar hiasan

KEBIASAANNYA keluhan datang daripada suami apabila isteri menolak ajakan untuk 'bersama' atas alasan penat.

Namun hal yang sebaliknya pula dikongsikan oleh seorang wanita di laman sosial.

Menurut wanita berkenaan, walaupun dia menempuh perjalanan ulang-alik ke tempat kerja lebih jauh berbanding suaminya, dia tetap berusaha untuk meluangkan masa dan memenuhi tanggungjawab sebagai isteri, termasuk dalam hal hubungan intim.

Bagaimanapun, setiap kali dia cuba mendekati suami, lelaki itu kerap menolak dengan alasan penat.

Isteri tertekan bekerja inginkan layanan manja daripada suami. -Gambar hiasan AIHal pejabat yang dibawa balik ke rumah boleh menjadikan hubungan suami isteri renggang. -Gambar hiasan AI

"Aku bekerja ulang-alik dalam 35 kilometer (km), pergi balik dua jam perjalanan. Suami pula tempat kerja hanya 15 minit daripada rumah.

"Aku ketepikan semua penat lelah travel hari-hari ke tempat kerja. Tapi bila aku nak 'bersama' suami selalu tolak alasan dia penat. Sebulan, sekali dua je dapat," luahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerap tolak ajakan suami, tak sanggup hadap mulut busuk! Isteri dedah tabiat malas gosok gigi, hanya fikir nak cerai

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri tak nak hamil tolak ajakan hubungan intim... Akhirnya terlopong suami bawa patung masuk bilik

Tambah wanita itu, dia juga lebih banyak menguruskan anak sendirian dari sebelum pergi hingga selepas balik dari kerja, justeru agak menghairankan apabila luahan penat sering terbit daripada mulut si suami.

"Anak hantar taska, setiap malam aku tidurkan anak. Weekend pun aku jaga anak.

"Kiranya kerja rumah urus bersama. Aku seolah dah putus harapan bila ajakan selalu ditolak," tambahnya.

  • Seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila suaminya sering menolak ajakan 'bersama' dengan alasan penat.
  • Wanita itu berkata dia menempuh perjalanan dua jam ulang-alik kerja setiap hari, lebih jauh berbanding suaminya.
  • Meskipun mengurus anak dan rumah tangga, dia tetap cuba meluangkan masa, namun hanya dapat 'bersama' kurang dua kali dalam sebulan.
  • Dia menganggap hubungan intim sebagai ruang melepaskan tekanan kerja, tetapi sering kecewa kerana ajakan ditolak.
  • Sebahagian netizen memberi nasihat berunsur positif, manakala ada yang mengingatkan supaya berhati-hati dengan sikap suami.

Sama seperti individu lain yang berdepan tekanan di tempat kerja, dia mengharapkan hubungan intim bersama suami dapat melepaskan stres, namun ternyata harapannya berakhir dengan kekecewaan.

"Aku jadi nak memberontak. Aku jadi mcm stress, moody bila tak dapat keseronokan tu. Kerja pun stress.

"Sekali sekala nak release serabut kerja nak 'bersama' dengan suami. Berlembut ke bermanja ke semua dah goda dia tapi itulah jawapannya," katanya.

Reaksi netizenReaksi netizen

Perkongsian wanita itu mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan warga maya dengan ada yang memberi peringatan supaya dia lebih berhati-hati, bimbang sikap suaminya mungkin berpunca daripada masalah lain.

“Bukan nak cakap apa, tapi tolong hati-hati. Kekadang lelaki macam ni dah selalu makan luar. Kalau boleh, check la.

“Tambat hati suami dengan Surah Yusuf. Baca Surah Yusuf ayat empat, hembuskan nafas ke muka dan leher suami ketika separa tidur.

“Ramai sebenarnya isteri yang ada masalah macam tu, cuma perempuan malas nak complaint. Tak macam lelaki, kalau tak dapat memang terus salahkan isteri," katanya.

 

Artikel Lain