KEHADIRAN orang ketiga boleh menjadi punca keretakan hubungan antara suami isteri.
Di Thread, seorang wanita tular selepas berkongsi kisah suaminya yang didakwa curang sejak awal perkahwinan mereka.
"Suami aku curang lepas tiga bulan kami kahwin. Aku (hanya) dapat tahu masa dalam pantang hujung tahun lepas.
Banyak pasangan bercerai kerana gangguan orang ketiga. -Gambar hiasan
"Bulan Julai lepas, aku terjumpa video dia m*in dengan perempuan tu pula," dakwa wanita berkenaan.
Lebih menyedihkan, wanita itu mendakwa dia dipaksa melupakan kejadian berkenaan dan meneruskan kehidupan rumah tangga seperti biasa.
"Salah ke kalau sampai hari ni aku masih tak boleh lupakan apa yang dah jadi? Dia asyik paksa aku move on. Asyik paksa aku lupakan apa yang dah jadi.
- Wanita dakwa suami curang selepas tiga bulan mendirikan rumah tangga.
- Dia terjumpa video suami bersama wanita lain ketika dalam pantang.
- Suami paksa isteri ‘move on’ dan lupakan kejadian itu.
- Isteri akui sukar melupakan, sering bergaduh dan mahu kaunseling.
- Netizen sarankan wanita berpisah demi kebaikan diri dan anak.
"Aku asyik teringat perbuatan mereka masa h*njut tu. Kadang okey, kadang tiba-tiba teringat balik, aku jadi bad mood dan kami pun bergaduh.
"Aku mengaku, aku selalu tanya pasal perempuan tu. Sebab aku tak boleh move on. Aku dalam dilema nak teruskan atau tidak perkahwinan ini," tulisnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Isteri alami gangguan paranoid lepas jumpa video lucah, kerap terjaga tengah malam... Celik mata terus periksa telefon suami
ARTIKEL BERKAITAN: Hancur hati suami jumpa aksi panas isteri dalam telefon, berasmaradana dengan kawan baik sendiri! - “Tak sangka siap bagi tubuh”
Tambah wanita itu, dia juga cuba mencari jalan penyelesaian, namun suaminya tidak mahu aib rumah tangga mereka diketahui orang luar.
"Aku cuba nak dapatkan nasihat kaunseling. Tapi dia tak bagi. Alasannya sebab tak nak buka aib dia," dakwanya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menggesa wanita itu berpisah jika tidak mahu terus terluka.
Segelintir lelaki berlaku curang ketika isteri sedang berbadan dua. -Gambar hiasan
"Apa dia buat tu zina. Bagaimana boleh isteri nak lupakan dan move on?
"Kalau lelaki berzina dengan betina lain, maaflah... tiada maaf bagi mu. Aku jalan terus.
"Terus kuat demi anak. Lebih baik awak tinggalkan dia," tulis warga maya.