suria

Lelaki terkilan isteri jadi makin kurang ajar lepas kahwin, cakap kasar tak hormat suami - “Dia guna bahasa aku-kau saja”

Lelaki rimas dengan wanita yang suka meninggi suara dan gemar menjerit. -Gambar hiasan AI

SEORANG lelaki meluahkan rasa terkilan apabila mendapati isterinya sering menggunakan bahasa kasar setiap kali berbual dengannya.

Menurutnya, selepas pulang kerja dalam keadaan penat, dia berharap dapat berehat dan berbual tenang bersama pasangan.

Namun, cara isterinya berkomunikasi menambahkan tekanan sehingga membuat dia malas untuk berbual.

Segala permasalahan rumah tangga perlu dibincangkan dari hati ke hati .-Gambar hiasan AISegala permasalahan rumah tangga perlu dibincangkan dari hati ke hati .-Gambar hiasan AI

“Balik kerja penat, ingat nak rehat. Tapi apabila sembang dengan isteri, dia guna bahasa aku-kau saja. Jadi bertambah penat dan rasa malas nak bercakap.

"Kadang terfikir memang orang perempuan ni hilang sikap beradab ke apabila dah jadi isteri orang?,” katanya buntu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pramugari terkesan lihat penumpang lepuk kepala isteri lembab cari 'boarding pass', tak menyempat nak makan!

ARTIKEL BERKAITAN: “Ibarat kita ni habiskan duit dia” - Suri rumah malu dengan jiran, suami caci maki hanya kerana diminta bawa beg sekolah anak

Perkongsian itu mendapat perhatian netizen yang berpandangan sikap isteri mungkin juga cerminan daripada layanan suami.

  • Seorang lelaki berkongsi rasa terkilan kerana isterinya sering menggunakan bahasa kasar seperti 'aku-kau' ketika berbual.
  • Selepas pulang kerja dalam keadaan penat, cara komunikasi isterinya menambah tekanan hingga dia malas untuk bercakap.
  • Lelaki itu turut tertanya-tanya sama ada wanita selepas berkahwin hilang rasa beradab terhadap pasangan.
  • Netizen berpendapat sikap isteri mungkin cerminan daripada layanan suami; jika baik, isteri juga akan lembut.
  • Ada yang menasihati lelaki tersebut agar berterus terang dengan isterinya tentang panggilan yang dirasakan kasar.

“Perangai isteri mungkin hasil daripada didikan dan layanan seorang suami. Kalau kita baik dan hormat, insyaAllah isteri juga lembut.

"Tengok layanan kau macam mana terhadap isteri bagus ke tak. Kalau kau pun kurang ajar macam mana bini kau nak hormat.

Reaksi netizenReaksi netizen

Ada juga warga maya menasihati lelaki tersebut agar berterus terang dengan isterinya yang mungkin tidak mengetahui ia suatu kesalahan.

"Kena terus terang beritahu isteri, cakap tak suka dengan panggilan kasar macam tu," katanya.

Artikel Lain