suria

Wanita serah tubuh kepada kawan baik ketika ‘road trip’, sukar kikis rasa sayang selepas terlanjur - “Tunggu dia buang teman wanitanya”

Status sebagai kawan baik bukan lesen untuk lelaki dan perempuan bergaul bebas. -Gambar hiasan AI

HUBUNGAN persahabatan yang akrab antara lelaki dan perempuan tidak seharusnya dijadikan alasan untuk melampaui batas pergaulan.

Di laman X, seorang wanita meraih perhatian ramai selepas mendakwa dia pernah terlanjur dengan rakan baiknya sendiri.

Tanpa segan silu, wanita itu turut mengakui dia mengemis cinta rakannya walaupun mengetahui lelaki tersebut sudah mempunyai kekasih.

Ramai wanita kecewa apabila ditinggalkan lelaki yang sudah 'menyentuh' mereka. -Gambar hiasan AI

"Saya ada best friend lelaki dan kami tak sengaja terlanjur ketika trip ke Melaka.

"Saya sayangkan dia tapi pada masa sama dia dah ada girlfriend (GF). Dia adalah orang pertama yang 'sentuh' saya.

"Sekarang saya tunggu dia buang teman wanitanya, tapi dia macam tak nak. Sumpah jiwa saya sakit.

  • Seorang wanita tular di X selepas mengaku pernah terlanjur dengan rakan baik lelaki.
  • Menurutnya, hubungan terlarang itu berlaku ketika mereka bercuti di Melaka.
  • Dia mengemis cinta walaupun tahu rakannya sudah ada teman wanita.
  • Netizen menasihatkan supaya wanita itu berhenti berhubung dan sedar diri.
  • Sebahagian warganet pula mengecam tindakannya yang dianggap tiada harga diri.

"Kami masih contact, dia cakap dia sayang aku, tapi entahlah... apa nak buat?" tulis wanita tersebut.

Di ruangan komen, beberapa pelayar X menasihati wanita itu agar tidak lagi berhubung dengan rakan lelakinya untuk mengelakkan hatinya terus sakit kerana terlalu berharap.

"Patutlah gelabah. Orang pertama yang 'sentuh' memang kamu akan rasa dia istimewa. Kamu masih lagi khayal daripada hubungan itu. Sedar diri, jangan jadi murah.

ARTIKEL BERKAITAN: Malam pertama hambar, suami tuduh isteri pernah terlanjur sebelum kahwin! - “Cuba tebus kesalahan tu, bagi servis terbaik”

ARTIKEL BERKAITAN: Lepas terlanjur dengan lelaki berlainan agama, wanita mula risau status anak bakal lahir - “Baby saya Islam, kan?”

"Kalau kamu putuskan hubungan, perasaan itu akan hilang. Sekarang memang masih hangat lagi. Tapi itu hanyalah dopamine dan brain chemicals.

"Kesian kau. Lebih baik putuskan persabahatan. Dia nak test drive kau je. Baik pergi sebelum jiwa lagi sakit," pesan netizen.

Di sebalik nasihat positif terhadapnya, segelintir warga maya pula meninggalkan komen kecaman terhadap wanita itu.

Lelaki dan wanita yang belum berkahwin tidak sepatutnya tidur sebilik ketika bercuti. -Gambar hiasan AI

"Dah la murahan, buat maksiat di negeri orang. Dua-dua bengap. Patutlah panas Melaka ni.

"Bodoh, lepas tu tiada harga diri. Seronok lelaki tu sebab ada teman wanita dan ada tempat untuk puaskan nafsu.

"Dia cakap sayang sebab nak seks je. Dia lama dah rancang, kau je lalai," tulis netizen lagi.

Sebagai peringatan, perbuatan zina adalah haram dalam Islam dan semua pihak perlu menjauhinya.

 

Artikel Lain