BERTUGAS sebagai seorang jurufoto perkahwinan pastinya menghadirkan pelbagai pengalaman suka dan duka, selain daripada merakam momen indah hari bahagia mempelai.
Namun apa yang dialami oleh seorang jurufoto ini ketika bertugas di sebuah majlis pernikahan ternyata di luar jangkaan apabila kadi yang mengendalikan majlis didakwa berkelakuan tidak sepatutnya.
Mengimbas kembali kejadian yang berlaku di utara tanah air beberapa tahun lalu itu, jurufoto berkenaan berkata, dia menyedari situasi tersebut sejak awal ketika pengantin perempuan melangkah masuk ke ruang majlis untuk upacara nikah.
Jurufoto bertanggungjawab merakam momen hari bahagia pasangan untuk diabadikan sebagai kenangan. -Gambar hiasan AI
"Biasalah, tok kadi akan sampai awal daripada pengantin. Umur tok kadi mungkin dalam 30-an macam tu. Handsome la. Tapi macam nerd sikit.
"Ketika dia borak dengan pengantin lelaki dan saksi, pengantin perempuan masuk. Aku shoot lah. Time tu aku nampak dah, kadi pandang pengantin perempuan tak berkedip mata.
"Orang lain tak perasan. Tapi aku photographer kot. Mata aku nampak semua," tulisnya dalam hantaran di Threads.
ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin lelaki tiba di masjid ready nak nikah, tok kadi dilihat memandu pergi ladang... siapa yang silap tarikh?- “Nervous isteri tak sampai-sampai”
ARTIKEL BERKAITAN: Suruh tok kadi tunggu sekejap, pengantin lelaki bangun dakap ibu... Rupanya ‘blank’ sebelum nikah - “Lepas peluk baru lega”
Tidak sekadar kerap mencuri pandang, kadi berkenaan tanpa segan silu didakwa cuba bergurau dengan bertanya soalan yang kurang wajar kepada pengantin perempuan sebelum majlis bermula.
"Sebelum nikah, kadi akan tanya kebenaran nak kahwin, biasanya sekali. Ini tak... banyak kali dia tanya, confirm nak nikah dengan pengantin lelaki ni? Sempat lagi nak tukar pengantin, sambil dia gelak-gelak.
"Pengantin lelaki jadi macam tak best dah. Nampaklah reaksi pengantin lelaki tu daripada senyum ke monyok.
"Akhir sekali kadi cakap... kalau berlaku penceraian, jangan risau, ada yang menunggu. Eh aku macam pelik dah, apa kena dengan kadi ni," kongsinya lagi.
Apa yang lebih menghairankan, ujarnya kadi berkenaan juga seolah-olah cuba mengenakan pengantin lelaki dengan cuba mengujinya mengenai hafazan beberapa surah.
Seorang jurufoto perkahwinan berkongsi pengalaman mengejutkan ketika kadi majlis cuba mengurat pengantin perempuan.
Jurufoto perasan kadi asyik memandang pengantin perempuan sejak awal majlis.
Kadi bertanya soalan tidak wajar kepada pengantin perempuan dan bergurau tentang penceraian sebelum akad nikah.
Kadi juga cuba menguji pengantin lelaki dengan soal hafazan surah secara berlebihan.
Netizen mengecam tindakan kadi itu sebagai tidak profesional dan tidak menghormati tugasnya.
"Aku tak pernah cover akad nikah ambil masa lama macam tu. Tapi nasib baik pengantin lelaki tak 'kosong'.
"Lepas settle nikah, dah sign borang apa semua, kadi tu salam-salam orang di situ, lepas tu terus gerak.
"Sebenarnya bukan aku je perasan. Adik pengantin perempuan pun perasan. Dia kata kadi tu macam lain je apabila tengok kakak dia," kongsinya lagi.
Di ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa terkejut dan seakan-akan tidak percaya dengan pendedahan jurufoto berkenaan.
Sebahagian daripada komen netizen.
Mereka menganggap tindakan kadi itu sangat tidak profesional kerana gagal menghormati tugas yang diamanahkan kepadanya.
"Kadi apa macam ni. Boleh aduan SisPAA ke. Belum apa-apa dah sebut cerai. Kau dah buang tabiat ke?
"Nafsu kadi lagi dahsyat daripada remaja ya. Orang punya pun nak sailang depan-depan.
"Biadab eh tok kadi ni. Nak nikahkan orang, sempat nak try hak orang tu. Macam tak tahu hukum," demikian komen netizen.