suria

Terpengaruh dakyah influencer TikTok, bapa henti makan ubat diabetis... Hanya minum susu sebab takut buah pinggang rosak!

Segelintir warga emas enggan mengambil ubat seperti disarankan doktor. -Gambar hiasan AI

SIKAP degil segelintir warga emas yang enggan mengambil ubat seperti disarankan doktor sering menjadi cabaran besar kepada ahli keluarga.

Di Thread, seorang wanita meluahkan rasa kecewa dengan sikap bapanya yang mengabaikan kesihatan kerana terlalu percaya dengan kandungan video di media sosial.

Menurut wanita itu, bapanya hanya minum susu untuk merawat penyakit diabetis gara-gara terpengaruh dengan saranan individu yang tidak bertauliah.

Story on educate student/secondary school how to using sosial media correctly.

Anak-anak perlu memantau kandungan dalam telefon ibu bapa mereka yang sudah lanjut usia. -Gambar hiasan

"Sedih dapat tahu ayah saya tak mahu ambil ubat untuk penyakit diabetis. Dia berhenti sendiri tanpa dapatkan nasihat doktor.

"Ayah mengaku kepada saya yang dia dah lama tak makan ubat. Dia minum susu saja. Dia tengok dekat TikTok, ada orang cakap buah pinggang boleh rosak kalau makan ubat kencing manis.

"Aku doakan orang yang buat video TikTok untuk takutkan orang pasal kesan ubat ni mati kena langgar treler," tulis wanita itu.

  • Segelintir warga emas enggan makan ubat kerana terpengaruh dengan video di media sosial.
  • Seorang wanita kecewa bapanya berhenti rawatan diabetis dan hanya minum susu.
  • Ada yang percaya ubat kencing manis merosakkan buah pinggang dan mereka memilih rawatan alternatif.
  • Netizen kongsi pengalaman sama, termasuk ahli keluarga alami komplikasi serius akibat berhenti makan ubat.
  • Ramai beri sokongan moral agar wanita itu terus pujuk bapanya menjaga kesihatan.

Di ruangan komen, beberapa individu mendedahkan yang mereka turut berdepan situasi sama seperti wanita itu.

"Sama macam mak mentua saya. Hari tu kena komplikasi serius kencing manis. Dia skip ubat dan tengok doktor di TikTok. Katanya ubat tak perlu, hanya jaga makan saja.

ARTIKEL BERKAITAN: Ubat dah habis tapi tak sembuh-sembuh, syukur bayi kembali sihat lepas dengar nasihat Ustaz... Ibu terus padam gambar di IG

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu mengaku campur ubat batuk dalam susu anak, tak tahan urus bayi kuat mengempeng - “Aku menangis, penat sangat”

"Terjadi dengan mak saya. Dia berhenti ambil ubat dan minum air herba yang disarankan seseorang. Dua minggu berhenti, terus paras gula dan tekanan darah naik.

"Ada kenalan, ayat dia pun macam ni. Akhirnya paras gula naik. Seminggu kena masuk wad sebab tak makan ubat. Hampir meragut nyawa," tulis netizen.

story of on the low medicine drug supply chain. —AZHAR MAHFOF/The Star

Pesakit perlu mematuhi jadual pengambilan ubat seperti ditetapkan doktor. -Gambar hiasan

Netizen turut memberi kata-kata semangat buat wanita itu agar dia tidak putus asa untuk membantu bapanya.

"Awak sebagai anak kena pastikan dia makan benda sihat. Diabetis boleh reverse balik.

"Moga awak berjaya pujuk ayah makan ubat," tulis netizen lagi.

Artikel Lain