TERLIBAT dengan kemalangan jalan raya semestinya menyusahkan terutama buat pemilik kenderaan.
Selain terpaksa menghadapi kerosakan kenderaan serta kos pembaikan yang tinggi, ia juga boleh menyebabkan tekanan emosi dan gangguan dalam rutin harian mereka yang terlibat.
Bagaimanapun perkongsian seorang individu yang pernah terlibat dalam kemalangan membuatkan warga maya berasa kagum dan memuji pendekatan kedua-dua pihak yang terlibat.
Sikap matang dan saling bertolak ansur akan memudahkan urusan kedua-dua pihak. -Gambar hiasan
"Aku terlanggar sebuah kereta dekat Lebuhraya Persekutuan malam Jumaat, 26 Oktober hari tu disebabkan microsleep. Impak tak besar sebab memang jalan tengah jammed dan semua tengah gerak perlahan.
"Nak dijadikan cerita, aku terlelap dan kaki terlepas brek... jadi terlanggar la kereta X50 dekat depan.
"Aku pun berhenti dekat tepi jalan sekali dengan kereta depan tu. Aku salam dengan owner kereta tu, minta maaf dan mengaku salah," tulisnya dalam hantaran di Threads.
ARTIKEL BERKAITAN: Suami maut kemalangan, luluh hati isteri jumpa mesej curang dalam telefon - "Kifarah ke semua ni?"
ARTIKEL BERKAITAN: Ibu kongsi video dandan rambut anak, tak sangka jadi momen akhir sebelum maut kemalangan - “Mommy dah siapkan Bunga cantik-cantik”
Apa yang membuatkan dia terkejut, reaksi pemilik kenderaan tersebut langsung tidak mempamerkan riak wajah marah atau 'menyerangnya' kerana menjadi punca kemalangan berkenaan.
"Mengejutkan, owner tu cakap, you tertidur ya? Dan tak assume aku leka sebab main telefon bimbit.
"Sebagai lelaki budiman yang tak nak panjangkan cerita, kami ambil gambar kereta masing-masing dan ambil nombor telefon.
"Keesokannya, owner tu WhatsApp cakap harga untuk baiki kereta dia RM500. Harga tu lepas dia sendiri yang minta diskaun daripada bengkel... harga asalnya RM700," tulisnya lagi.
Seorang individu terlibat kemalangan kecil akibat microsleep di lebuh raya.
Dia terlanggar kereta depan ketika jalan sesak dan segera berhenti.
Pemilik kereta yang dilanggar tidak marah malah bersikap tenang dan bertimbang rasa.
Mereka setuju baiki kereta dengan kos RM500 selepas diskaun dari bengkel.
Tiada polis terlibat, urusan selesai dengan baik, dan netizen kagum dengan sikap kedua-dua pihak.
Terharu dengan kebaikan hati dan kejujuran pemilik kenderaan berkenaan, dia memindahkan wang ekstra sebagai menghargai sikap lelaki tersebut.
"Dia pun cakap... eh ni lebih ni. Aku cakap dekat dia, itu adalah untuk kesusahan yang dia hadapi disebabkan kemalangan ni. Dia cakap terima kasih dan kami berdua selesai.
"Tiada NCD susut, tiada polis yang terlibat dan kedua-dua pihak gembira. Aku bersyukur sangat owner tu sungguh tenang and compose. Kalau silap orang, mungkin malam tu dah pergi balai," tulisnya lagi.
Komen sebahagian netizen.
Di ruangan komen, rata-ratanya menyifatkan individu tersebut beruntung kerana dipertemukan dengan insan yang baik hati dan bertimbang rasa.
"Cerita happy ending macam ni rare tau dekat dalam Threads. Tahniah.
"Dua-dua ada common sense yang tinggi. Terbaik. Dua-dua urusan telah dipermudahkan.
"Sentiasalah berbuat kebaikan, semoga kebaikan juga datang kepada kita. Saya pegang kata-kata ni," demikian antara komen netizen.