PELAKSANAAN program subsidi bersasar petrol RON95 atau Budi Madani RON95 (BUDI95) sudah mula dilaksanakan secara berperingkat sejak 27 September lalu.
Sejak dilaksanaan, pelbagai kisah dikongsikan orang ramai di media sosial mengenai pengalaman masing-masing termasuklah seorang individu ini yang bekerja sebagai juruwang di stesen minyak.
Rakyat Malaysia akan menikmati subsidi RON95 menerusi inisiatif BUDI95. -Gambar hiasan
Menurutnya, seorang pelanggan wanita datang ke stesen minyak pada Ahad untuk mengisi petrol RO95 berjumlah RM50.
Bagaimanapun selepas ditanya sama ada dia mahu membayar menggunakan kaedah tunai atau eWallet, pelanggan berkenaan terkejut kerana menyangka program BUDI95 adalah percuma seperti bantuan MySara.
ARTIKEL BERKAITAN: Tiada MySara anak tak minum susu, tak pakai lampin? Wanita minta golongan gaji rendah rancang keluarga, jangan banyak alasan
ARTIKEL BERKAITAN: Hiba jadi saksi penerima MyKasih hampa sistem 'down', bayi kena minum susu pekat lagi - “Si ayah letak balik sebab tiada duit”
"Penat aku explain dekat dia, masih tak faham. Dekat mana kerajaan nak bagi free 300 liter tu kak oi?" tulisnya dalam hantaran berkenaan.
Untuk makluman, BUDI95 adalah sebuah inisiatif program pelaksanaan petrol RON95 pada harga subsidi RM1.99 berbanding RM2.05 seliter bagi rakyat tempatan yang layak dengan kouta 300 liter sebulan.
Bercerita lebih lanjut, individu tersebut berkata selepas dimaklumkan masih perlu membayar pada harga yang ditetapkan, pelanggan berkenaan terus membatalkan hasratnya untuk mengisi petrol.
Seorang juruwang stesen minyak berkongsi pengalaman berdepan pelanggan yang keliru tentang program subsidi BUDI95.
Pelanggan sangka BUDI95 adalah petrol percuma seperti bantuan MySara, lalu terkejut apabila perlu dibayar.
Pelanggan membatalkan Hasrat mengisi petrol selepas diberitahu perlu bayar.
Juruwang geram kerana dipersalahkan pelanggan kerana tidak dapat menebus inisiatif berkenaan.
Warga maya berpendapat pihak berkuasa perlu beri penerangan jelas supaya tiada lagi kekeliruan dan salah faham.
"Yang aku geram sangat, boleh pula akak tu salahkan aku sebagai seorang juruwang sebab dia tak dapat tebus minyak macam MySara tu.
"Benda ni subsidi... akak tu tak tahu ke makna subsidi?" tulisnya lagi.
Perkongsian tersebut ternyata mengundang perhatian warga maya, dengan ada antaranya mengakui masih tidak memahami inisiatif berkenaan.
Sebahagian daripada komen netizen.
Dalam pada itu, ada juga yang berpendapat bahawa pihak berkaitan perlu memainkan peranan memberikan penerangan jelas untuk mengelakkan insiden berkenaan berulang.
"Speechless. Ada juga kes macam ni. Macam-macam kerenah orang sekarang. Itulah pepatah mengatakan membaca jambatan ilmu.
"Kita ni kerja sebagai cashier jual minyak je pun. lepas tu pelanggan asyik tanya soalan-soalan luar biasa. Geram betul.
"Dah terbiasa dapat bantuan, semua nak free," demikian antara komen netizen.