MASJID sepatutnya menjadi tempat mencari ketenangan dan mendekatkan diri kepada Allah.
Namun lain pula dirasakan seorang individu ini apabila berpendapat rumah ibadah itu kini dipenuhi pelbagai larangan sehingga suasananya kurang mesra jemaah.
Menerusi satu hantaran di laman Threads, individu berkenaan meluahkan kekecewaannya terhadap segelintir ahli jawatankuasa masjid (AJK) yang dilihat terlalu menekan dengan pelbagai peraturan.
Menurutnya, masjid bukan sahaja menjadi tempat untuk umat Islam beribadah, malah sepatutnya terbuka buat mana-mana tetamu atau jemaah yang mahu beristirahat mahupun bermuhasabah.
Tetamu yang hadir ke masjid kebiasaannya mahu berdoa, berehat, atau mendekatkan diri kepada Allah. -Gambar hiasan
“Kepada seluruh AJK dan pengurusan masjid di seluruh tanah air. Tolonglah, buatkan masjid itu friendly.
“Saya nak bertenang pun susah. Saya penat sangat. Terkadang saya alami hari yang buruk.
“Masjid tempat saya cari ketenangan. Tempat saya menangis berdoa. Tapi selalu ditegur tak boleh baring sini, tak boleh buat itu. Nak mengaji al-Quran pun saya diminta baca di luar (ruang solat) masjid,” rintihnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Masjid viral sebab cantik, ada orang teragak-agak nak pergi sebab ramai warga asing - “Bukan kau punya pun, itu rumah Allah”
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ‘judge’ pengunjung masjid, hanya ramai waktu berbuka tapi tak tunggu solat jemaah - “Ni tempat makan free ke?”
Lebih menyedihkan, dia mendakwa masjid yang dibina gah dengan teknologi tinggi, dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) serta rondaan keselamatan, namun hanya dihadkan untuk solat semata-mata.
“Dulu masjid kecil tapi itulah tempat musafir berehat, ahli kariah solat. Nak tidur pun boleh.
“Sekarang berbeza, gaji imam dan ahli masjid lebih tinggi daripada bantuan kerajaan tau.
“Tapi semua benda tak boleh. Mohon dipermudahkan,” ujarnya lagi.
Seorang individu meluahkan kekecewaan apabila mendakwa masjid kini dipenuhi larangan dan kurang mesra jemaah.
Dia menyifatkan AJK masjid terlalu menekan dengan peraturan, hingga menghalang jemaah berehat dan bermuhasabah.
Individu itu kecewa kerana masjid moden hanya dibuka untuk solat, walaupun dilengkapi kemudahan canggih.
Beliau menegaskan kebanyakan jemaah hadir untuk mencari ketenangan, bukan untuk berbuat perkara buruk.
Rata-rata netizen bersetuju dan menyifatkan fungsi masjid kini semakin sempit dan tidak mesra pengguna.
Individu itu juga menegaskan, majoriti besar tetamu yang hadir ke masjid adalah kerana mahu beribadah serta mencari ketenangan, bukannya berniat buruk.
“Mohon pihak masjid mendengar rintihan ini, kerana kalian juga dibayar gaji,” akhirinya.
Perkongsian tersebut ternyata membuka mata ramai, dengan rata-ratanya bersetuju bahawa fungsi masjid dilihat semakin ‘sempit’.
Sebahagian komen netizen.
“Pelik kan aturan mereka macam ni. Orang ramai derma duit untuk kegunaan masjid tapi bila nak berehat sekejap cari ketenangan, kena sound pula.
“Ye sedih, kadang waktu Isyak kita masih kat luar, singgah masjid pukul 10 malam, masjid dah berkunci sedih sangat tau.
“Masa nak bina masjid, merayu-rayu minta derma orang ramai. Apabila dah berjaya bina, orang ramai tak boleh nak guna masjid seadanya,” komen netizen.