SIKAP sesetengah individu yang langsung tidak bertimbang rasa sememangnya membuatkan orang lain kecewa, marah atau terkilan, apatah lagi apabila melibatkan soal wang.
Berkongsi kisah di laman Threads, seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila suaminya menerima bayaran yang langsung tidak setimpal selepas mengerah tenaga selama berjam-jam.
Kebanyakan lelaki sanggup melakukan kerja sampingan untuk meraih pendapatan tambahan. -Gambar hiasan
"Suami saya dapat panggilan untuk tolong angkat barang rumah orang. Sofa, almari, perabot dan lain-lain. Dia ambil kerja tu sebagai part time.
"Keluar seawal pukul 8 pagi dan balik pukul 3 petang. Boleh kata lama juga dia bekerja. Habis selesai, tuan rumah cakap, dik, sikit ja.. tak payah upahlah ya, dan terus masuk rumah.
ARTIKEL BERKAITAN: “Kerja 15 minit pun harga macam tu?” - Hati abang ‘pomen’ terguris, niat baik buat servis sampai malam diperlekeh... Upah tak setimpal
ARTIKEL BERKAITAN: Lima jam mengasuh dua budak diupah RM30, disuruh pula buat kerja rumah... Lelaki bengang isteri dianiaya jiran sendiri!
"Suami saya terkebil-kebil, terdiam sebab ini kali pertama dia kena macam tu. Sikit dia kata? Sampainya hati, sedangkan dia bekerja dan dia ada anak isteri nak ditanggung," tulisnya dalam hantaran berkenaan.
Menurut wanita itu lagi, adik kepada tuan rumah tersebut hanya menghulurkan wang berjumlah RM20 kepada suaminya sebelum pulang.
Seorang wanita kecewa suaminya dibayar tidak setimpal selepas bekerja angkat barang rumah secara sambilan .
Suaminya bekerja dari 8 pagi hingga 3 petang, tetapi tuan rumah tidak memberi upah.
Adik tuan rumah beri RM20 kepada suaminya, namun jumlah itu jauh lebih rendah berbanding usaha dan masa suami kerja keras.
Pengadu kesal namun pengalaman itu menjadi pengajaran untuk masa depan.
Netizen beri kata semangat dan nasihat supaya suami wanita itu tetapkan harga dahulu bagi elak kejadian sama berulang.
Walaupun jumlah tersebut jauh daripada nilai sebenar usaha suaminya yang bekerja sekitar enam jam ditambah pula mengangkat barang berat, wanita itu bersyukur dengan rezeki yang ada.
"Dia tak cerita, apabila saya tanya, baru dia bagitahu. Saya yang rasa terkilan. Kesian tengok muka dia. Gamak ya buat orang macam tu.
"Kita tak gamak nak buat. Boleh fikir logik. Betul, suami saya tak tetapkan harga sebab kurang tahu. Dia masuk terus buat kerja. Orang yang ditolong tu bukan kenalan kami," kongsinya lagi sambil menambah, pengalaman berkenaan akan dijadikan pengajaran untuk masa akan datang.
Antara komen netizen yang turut meluahkan rasa geram.
Di ruangan komen, rata-rata warga maya memberikan kata semangat dan dalam masa yang sama menasihatkan suaminya agar menetapkan harga sebelum menerima sebarang tawaran untuk mengelakkan kejadian sama berulang.
"Oh My God... kau ingat dia kerja sukarelawan ke?
"Tuan rumah tu tidak bertimbang rasa. Tak nak bagi upah, tapi mahu kerja jalan. Moga Allah membalas .
"Kak, reveal nombor telefon orang tu dekat sini. Kami tolong dapatkan upah. Geramnya!" demikian antara komen netizen.