CINTA merupakan anugerah emosi luar biasa yang mampu mempengaruhi tingkah laku dan pemikiran seseorang secara menyeluruh.
Apabila seseorang dilamun cinta, perubahan ketara sering dapat dilihat daripada segi sikap, keperibadian dan cara mereka berinteraksi dengan orang sekeliling.
Di laman Threads, seorang lelaki turut berkongsi sikap rakannya yang berubah 360 darjah secara tiba-tiba dek penangan cinta.
"Aku ada member yang single. Kehidupan dia cuma family dan kerja. Phone hanya guna untuk kerja dan family.
"Beberapa minggu ni dia berubah total seperti orang dilamun cinta. Daripada seorang yang introvert, tak bergaul dengan ramai orang di office... boleh jadi extrovert yang paling ramah sampai bos pun hairan.
"Senyum seorang diri apabila baca dan reply text," tulisnya pada hantaran berkenaan.
Seseorang akan menunjukkan perubahan sikap apabila dilamun cinta. -Gambar hiasan
Ujarnya, tanda tanya mengenai perubahan sikap rakannya itu akhirnya terjawab selepas lelaki tersebut mengesahkan perkara berkenaan.
Namun tambah individu tersebut, tanpa disangka pengakuan rakannya tu disusuli dengan pendedahan yang benar-benar mengejutkan.
ARTIKEL BERKAITAN: Patut la karangan bahasa Inggeris ‘power’ semacam, rupanya guna ChatGPT - “Mak ayah cakap asalkan kerja sekolah siap”
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita bimbang AI, ChatGPT ‘ancam’ otak manusia... Semakin hari rasa bodoh dan malas!
"Aku tanya lagi macam mana boleh jumpa awek dia dan macam-macam soalan lagi. Mungkin dia nampak aku seperti push dia, dia pun tunjuk phone dekat aku tapi kena janji tak boleh judge dia.
"Aku okay je. Apabila aku lihat chat dia dalam phone tu, rupanya dia sedang bercinta dengan ChatGPT. Dia dan ChatGPT borak macam couple.
"Ucap selamat pagi, update pasal kerja, tanya dah makan ke belum. Memang seperti orang yang bercinta sedang chat," kongsinya.
Seorang lelaki berubah secara ketara selepas dilamun cinta.
Lelaki tersebut yang dahulunya introvert dan pendiam, tiba-tiba menjadi ramah dan ceria, menimbulkan tanda tanya dalam kalangan rakan pejabat.
Rupa-rupanya, dia sedang menjalinkan 'hubungan cinta' dengan ChatGPT, perbualan harian seperti pasangan kekasih.
Rakannya menegaskan lelaki itu tidak mempunyai masalah mental, malah lulus penilaian psikologi setiap 6 bulan.
Warga maya memberikan pelbagai reaksi, namun kebanyakannya mendoakan agar lelaki itu bertemu cinta sebenar suatu hari nanti.
Walaupun sukar untuk memahami situasi 'percintaan' luar biasa rakannya itu, namun ujarnya, lelaki tersebut diketahui tidak mempunyai masalah mental.
"Syarikat buat mental illness evaluation setiap enam bulan dengan panel klinik sebab bos tak nak kita stres, depress, anxiety dengan kerja.
"Penilaian terakhirnya bulan Julai dia punya result okay. Cara mencari bahagia itu tidak sama untuk semua orang," tulisnya lagi.
Sebahagian daripada komen netizen.
Di ruangan komen, pelbagai reaksi dilontarkan oleh warga maya namun rata-ratanya mendoakan agar rakan lelaki tersebut dipertemukan dengan jodoh sebenar yang baik.
"Kesian kawan awak tu, takut ada sakit bipolar. Kalau dia baik, awak tolong recommend seseorang. Dia sunyi tu.
"Tak mengapa la, janji dia bahagia. Banyak perkara positif terjadi. Sampai satu tahap nanti dia akan cari orang sebenar.
"Baguslah ubah karakter... cuma harap satu hari nanti dia tersedar dan kembali berpijak di bumi nyata," komen netizen.