suria

Lepas kenyang makan kenduri, wanita tergamak hina ‘door gift’ pemberian tuan rumah... Tak suka piring bentuk ikan

Pengantin biasanya akan menyediakan buah tangan buat tetamu. -Gambar hiasan AI (kiri)

TETAMU yang hadir ke majlis perkahwinan bukan sahaja disajikan dengan pelbagai juadah, malah diraikan dengan pemberian buah tangan untuk dibawa pulang.

Di Thread, seorang wanita mendedahkan kisah rakannya yang didakwa tidak tahu bersyukur apabila mempersoalkan buah tangan pemberian pengantin.

"Ada seorang member ni minta aku teman pergi kenduri kahwin kawan dia. Dapat doorgift macam bekas kecil bentuk daun, air mineral dan roti coklat.

Tetamu harus bersyukur mereka dijemput untuk meraikan hari bahagia pasangan mempelai. -Gambar hiasan AI

"Masuk kereta, aku cakap cantiknya bekas ni. Tahu tak apa dia cakap? Dia merendah-rendahkan kawan dia. Dia kata ni mesti persiapan last minute sebab bagi roti dengan air mineral je.

"Aku tak ingat ayat sebenar dia. Tapi dia merendahkan kawan dia yang kahwin ni. Sumpah, benda ni dah empat ke lima bulan berlalu, sampai sekarang aku teringat," tulisnya.

Menurut wanita itu, bukan nilai harga yang patut dijadikan ukuran, sebaliknya tanda ingatan tuan rumah kepada tetamu jauh lebih bermakna.

  • Seorang wanita berkongsi kisah rakannya yang mempersoalkan buah tangan di majlis perkahwinan.
  • Rakannya merendahkan doorgift berupa roti, air mineral dan bekas kecil berbentuk daun.
  • Wanita itu menegaskan nilai hadiah bukan pada harga tetapi tanda ingatan tuan rumah.
  • Dia sendiri masih menggunakan bekas doorgift itu sebagai barangan harian.
  • Netizen sepakat menasihati supaya tidak meremehkan usaha pengantin dan sentiasa bersyukur.

"Doorgift mana-mana event pun, saya rasa kita patut hargai walaupun ia kecil. Bekas daun tu, sampai sekarang aku guna. Buat letak pin tudung dan bekas rambut.

"Sejujurnya, ingatan tu yang penting. Tolonglah jangan merendahkan effort orang lain walaupun bagi kau benda itu kecil je," tulis wanita itu lagi.

Di ruangan komen, netizen turut senada dengan wanita itu dan memberi pesanan agar semua pihak menghargai penat lelah pengantin dalam meraikan tetamu mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Tetamu majlis kahwin terdiam lihat gadis diherdik ibu sendiri, bengang terlupa ‘door gift’ untuk rombongan lelaki

ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin lekat stiker atas doorgift sebelum makcik bawang bersuara! Mohon maaf beri mi segera yang diboikot kepada tetamu

"Roti memang kena beli last minute sebab ada tarikh luput. Apa punya orang kawan kamu tu?

"Kawan kamu tu adalah jenis manusia yang kita kena hati-hati. Perangai buruk, kenapa hati dia macam tu?

"Tak kisah dapat apa pun, syukur dengan rezeki yang ada," tulis netizen lagi.

Artikel Lain