SEORANG wanita berada dalam dilema antara tanggungjawab membesarkan anak dan desakan daripada ibu agar dia mencari pekerjaan.
Katanya menerusi luahan di media sosial, jauh di sudut hati dia mahu memberi tumpuan kepada tugas-tugas di rumah memandangkan mempunyai anak yang masih kecil.
"Macam mana ya nak jelaskan dekat ibu yang saya ni bukan tak mahu cari kerja, tapi keadaan tak mengizinkan.
Tugasan menguruskan rumah tangga bukan satu hal yang mudah bagi suri rumah. -Gambar hiasan AI
"Faham niat mak tu supaya saya ada masa depan cerah kalau bekerja. Tapi anak saya kecil lagi. Masih menyusu badan sepenuhnya lagi.
"Anak masih perlukan saya. Saya pun tak tergamak nak hantar dekat pengasuh," katanya menjelaskan situasi dialami buat masa ini.
Tambah pengadu, sungguhpun demikian dia masih menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan di rumah untuk menambah wang belanja dia dan keluarga.
ARTIKEL BERKAITAN:Kes anak dibuli selesai, pelaku dah minta maaf! Ibu pelik guru masih nak 'panjang cerita', sindir murid tanpa asas
ARTIKEL BERKAITAN:Mak ayah kaki perli, anak kecil hati! Sejak nak kahwin lagi teruk kena sebab kurangkan duit belanja - “Jadi tak ikhlas nak bagi”
"Gaji suami saya memang la cukup-cukup makan je, namun boleh nak tanggung anak bini. Tapi mak asyik menekan-nekan je suruh cari kerja.
"Mak juga rajin hantar link kerja kosong, tapi saya malas nak layan.
"Macam la saya ni suri rumah goyang kaki saja. Saya pun ada bisnes walaupun kecil-kecilan," katanya lagi.
- Wanita tertekan bila ibu sering hantar pautan kerja kosong dan perli dirinya yang masih tidak bekerja.
- Katanya, keputusan menjadi suri rumah dibuat kerana anak kecil masih menyusu badan serta perlukan penjagaan penuh.
- Walaupun bergantung pada gaji suami yang sekadar cukup makan, dia tetap berusaha dengan bisnes kecil-kecilan.
- Namun, ibunya seolah-olah tidak menghargai peranan suri rumah dan terus menekan untuk dia mencari kerja.
- Netizen cadang beri duit kepada ibu, manakala ada yang minta dia teruskan hidup tanpa perlu jelaskan apa-apa.
Meninjau di ruangan komen, rata-ratanya memberikan cadangan yang boleh dilakukan supaya si ibu berasa senang hati dengan anaknya.
Namun begitu, ada yang berpendapat dia tidak perlu menjelaskan apa-apa sebaliknya teruskan kehidupan dengan tenang.
Komen beberapa netizen mengenai hal tersebut.
"Bagi la sikit duit dekat dia setiap bulan. Mungkin dia nak juga merasa penat lelah besarkan awak.
"Tak payah jelaskan, jalani je kehidupan awak. Kalau mak tanya, awak diam je. Orang memang tak akan faham kehidupan kita.
"Yakin dengan yang memberi rezeki iaitu Allah. Benarlah rezeki tidak datang tanpa usaha. Jaga anak sendiri, jaga makan dan pakai suami pun satu usaha," komen beberapa netizen.