suria

“Mummy cantik tak, tudung macam mana?” - Gadis pelik ibu terlebih ‘excited’ jumpa bakal menantu, risau ada udang di sebalik batu

Tidak perlu ada sifat ingin bersaing antara ibu dan anak. -Gambar hiasan AI

DUGAAN dalam fasa pertunangan adakalanya hadir dalam bentuk tidak dijangka hingga membuatkan individu yang melaluinya berasa serba salah.

Seperti kisah seorang gadis ini, dia mula berasa curiga dengan ibu sendiri apabila wanita yang cukup dihormatinya itu dilihat terlalu mengambil berat tentang tunangnya. 

"Kalau ada apa-apa mesti ibu nak tahu apa pendapat atau apa yang tunang saya cakap fasal dia. Contohnya kalau dia post apa-apa, mesti dia akan minta saya kongsi kepada tunang.

Seorang ibu perlu tahu menjaga hati dan perasaan anaknya sendiri. -Gambar hiasan

"Lepas tu dia akan tanya Abu (bukan nama sebenar) ada kata apa-apa tak? Abu cakap apa? Abu macam mana? Mula-mula saya rasa macam itu perkara biasa.

"Biasalah borak atau sembang anak dan mak nak tahu tentang khabar bakal menantu," ujarnya yang merupakan anak sulung dalam adik-beradik.

Bercerita lanjut di Thread, gadis itu berkata keraguannya makin membuak-buak apabila ibunya turut kerap bertanya tentang penampilan diri seolah-olah mahu mendapatkan pengesahan daripada bakal menantu.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita terjerat ‘game’ kotor ibu mentua, jadi bahan umpatan dan fitnah hari kenduri… Suami tak selidik terus nak cerai!

ARTIKEL BERKAITAN: Mentua 'tersakiti' menantu hamil order 'meatball', sinis cakap cucu bakal lahir kulit gelap - "Anak saya kini dah dekat syurga"

Keadaan itu membuatkan gadis ini mula mempunyai tanggapan buruk terhadap ibunya sendiri.

"Saya mula perasan apabila tunang saya hadir apa-apa majlis keluarga, mesti ibu tanya saya... mummy cantik tak? Mummy okey tak?

  • Seorang gadis dilema apabila ibunya sering bertanya pandangan tunang terhadap pelbagai perkara.
  • Ibunya juga kerap meminta pengesahan dan pendapat daripada bakal menantu..
  • Situasi berulang itu membuatkan gadis ini mula berasa curiga walaupun pada awalnya disangka gurauan biasa.
  • Sebagai anak sulung, dia bimbang sikap ibunya boleh menjejaskan hubungan baik sepanjang fasa pertunangan.
  • Netizen turut berasa pelik dengan kelakuan ibu itu, malah ada yang menyifatkan seakan terlalu mahu perhatian.

"Tudung macam mana, mekap mummy okey tak? Minta maaf kalau saya overthinking (berfikir secara keterlaluan). Saya nak tahu pandangan semua.

"Macam-macam boleh berlaku... ipar adalah maut pun ada, (skandal) mentua dan menantu pun ada," katanya.

Luahan dalam hantaran dibuat itu mengundang reaksi beberapa warga maya.

Ramai yang berdepan dugaan sewaktu berada dalam tempoh bertunang. -Gambar hiasan

Ternyata warga maya turut berasa bimbang dengan cara dan kelakuan ibu gadis berkenaan.

"Lain macam tahap mahu cari perhatian ni.

"Maaf sis tapi saya rasa takut pula dengan ibu awak. Ayah awak ada lagi tak?

"Lain macam je mak awak ni. Harap ada orang yang lebih arif jawab. Kalau saya, buntu juga kepala nak fikir kenapa mak perangai macam tu," komen beberapa netizen.

Artikel Lain