SEORANG lelaki meluahkan rasa kecewa apabila isterinya gemar tidur di ruang tamu di hadapan televisyen sehingga menjelang waktu Subuh.
Menurutnya, tabiat isterinya yang setiap hari tidur sambil menonton televisyen itu sama seperti ibu mentuanya.
Ini berikutan dia sendiri melihat ibu mentuanya berkelakuan seperti itu ketika tinggal bersama semasa awal perkahwinan dulu.
Bukan semua lelaki suka isterinya tidur hingga tengah hari. -Gambar hiasan
"Masa aku tinggal rumah mentua masa baru kahwin selalu tengok. Lepas Isyak mak mentua akan baring depan televisyen ruang tamu, terus lena sampai pagi, Subuh baru bangun.
"Sekarang apabila di rumah sendiri, isteri pula lena depan televisyen sama macam mak dia, berbuih bagi ceramah tentang hukum hakam tetap sama," kongsinya.
ARTIKEL BERKAITAN: Suami enggan bawa famili makan luar sebab ‘sayang tidur’, pukul 12 masih membuta! Label isteri ‘tak function’ sebab tak masak
ARTIKEL BERKAITAN: Individu marah jiran buat bising vakum rumah tengah hari buta, ganggu tidur anak - "Manusia ni semakin pelik"
Lelaki itu mengakui dia berasa terkilan kerana mahu ditemani isteri di bilik, namun keadaan itu tidak pernah berubah.
"Sudah puas nasihat, bagi dengar ceramah Ustaz Azhar Idrus tentang hukum berpisah tempat tidur dengan suami, tapi sama je," katanya.
- Seorang suami meluahkan kekecewaan kerana isterinya gemar tidur di ruang tamu depan televisyen sehingga Subuh.
- Tabiat itu dikatakan sama seperti ibu mentua yang juga mempunyai kebiasaan tidur depan televisyen.
- Suami mengaku sudah puas menasihati, termasuk menggunakan ceramah agama, namun keadaan tidak berubah.
- Lelaki itu menyifatkan sikap isterinya sebagai cerminan didikan daripada ibu bapanya.
- Netizen menasihati agar suami terus berusaha memujuk, malah ada yang bergurau cadangkan letak katil depan televisyen.
Tambahnya sikap isterinya itu boleh diibaratkan cerminan dan hasil didikan ibu bapa mentuannya.
"Apabila dia nak je dia akan tidur sebilik dengan kita... padahal kita ni setiap malam nak. Didikan awal bermula dari rumah iaitu mak bapa," katanya.
Netizen berpandangan sebagai suami, lelaki tersebut tidak boleh berputus asa kerana akan tiba masanya isterinya berubah.
Reaksi netizen
"Suami kena main peranan ubah isteri, lama-lama isteri boleh ikut. Jangan biarkan nanti kita juga yang merana.
"Fenomena macam ni memang nampak seperti masalah kecil tapi sangat membebankan perasaan suami.
"Pasang televisyen dalam bilik atau ubah katil depan televisyen," syor warga maya.
Untuk makluman bersama, hukum perpisahan tempat tidur antara suami isteri adalah haram dalam Islam jika dilakukan tanpa sebab yang diizinkan.