PENGGUNA media sosial kecoh selepas tular tangkap layar pengakuan seorang menantu yang mendakwa sudah terlanjur dengan bapa mentuanya.
Lebih mengejutkan, individu yang menulis perkongsian itu mendakwa dia merupakan seorang lelaki yang baru sahaja menimang cahaya mata pertama.
"Saya dah terlanjur dengan ayah mentua. Kisah bermula waktu bini berpantang anak sulung. Dia berpantang dekat rumah mak ayahnya.
Terdapat segelintir lelaki yang memilih untuk curang ketika isteri sedang berpantang. -Gambar hiasan
"Baru-baru ni ayah mentua ajak teman pergi cuci rumah sewa sebab ada penyewa nak masuk. Lepas bersih rumah, saya buka baju sebab panas.
"Dia puji cakap saya seksi. Dia datang dekat, pegang badan dan raba. Terjadilah benda tu," dakwa lelaki itu.
Menurut lelaki itu lagi, pada awalnya dia cuba menepis, namun gagal menahan godaan kerana sudah beberapa bulan tidak bersama dengan isterinya.
- Tular pengakuan seorang menantu lelaki mendakwa pernah terlanjur dengan bapa mentua.
- Dia mendakwa kejadian itu berlaku ketika isteri berpantang anak sulung.
- Hubungan terlarang itu dikatakan sudah berulang tiga kali.
- Lelaki itu mengaku dia keliru, malu dan risau dicop sebagai pengamal seks songsang.
- Netizen mengecam pengakuan lelaki itu, malah ramai meragui kesahihan cerita tersebut.
Lebih mengejutkan, dia mendakwa perbuatan itu sudah berulang tiga kali sepanjang dia berada di kampung mentuanya.
"Apabila fikir balik memang malu. Saya tanya, normal ke hubungan macam ni? Dia kata jangan rasa bersalah, benda normal. Untuk makluman, ayah mentua saya kuat solat.
"Entahlah, saya takut dicop LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender).
"Ni dia ajak lagi, minta tolong, macam mana nak elak ni?" tulis lelaki itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Terlanjur dengan ‘ex-GF’ dari seberang, lelaki tebus dosa beri ‘nafkah’ bulanan! Bini sendiri diabai, dibiar tak cukup wang
ARTIKEL BERKAITAN: Malam pertama hambar, suami tuduh isteri pernah terlanjur sebelum kahwin! - “Cuba tebus kesalahan tu, bagi servis terbaik”
Hantaran berkenaan pada awalnya dibuat menerusi Facebook sebelum tular ke platform X.
Dakwa pengguna media sosial, tangkap layar hantaran itu turut ditularkan menerusi laman forum antarabangsa, Reddit.
Hantaran itu mengundang pelbagai kecaman netizen, termasuklah yang meragui kesahihan cerita berkenaan.
Individu yang pernah terlanjur perlu bertaubat dan tidak mengulangi perbuatan itu. -Gambar hiasan
"Dua kali baca permulaan cerita, ingatkan saya salah baca.
"Dah tua pun bodoh apabila datang bab seks. Hubungan sejenis pula tu.
"Cara bercerita macam karangan budak sekolah. Ni semua rekaan dan khayalan semata," tulis netizen.
Sebagai peringatan, perbuatan zina adalah haram dalam Islam dan semua pihak perlu menjauhinya.