suria

Tiga tahun cuba mengurat, lelaki berstatus suami orang akhirnya mengalah... Hanya ‘blue tick’ lepas ‘crush’ kirim gambar kasut RM799

Ramai wanita suka memanjakan diri dengan fesyen mewah. -Gambar hiasan AI

GANGGUAN daripada lelaki yang tidak diingini sering membuat wanita serba salah, namun ada juga yang mampu menanganinya dengan bijak.

Di Thread, seorang wanita tular selepas berkongsi 'teknik kreatif' yang digunakannya untuk menolak cinta seorang lelaki.

"Ada seorang lelaki cuba menggatal dengan saya selama hampir tiga tahun. Memang aku tak layan. Pergi mamp*s sana.

Story on Wave credit and debit card. RAYMOND OOI/ The Star

Ada wanita yang lebih rela hidup solo dan enggan bergantung kepada lelaki. -Gambar hiasan

"Hari ini dia chat masa aku nak beli kasut. Aku balas gambar kasut dan harga. Aku cakap, kalau rasa sanggup nak layan kerenah aku, silakan.

"Aku kata tak mahal, RM799 je. Aku suruh dia tolong bayarkan sebab dia kata dia sayang aku. Dia bluetick je," tulis wanita itu.

Menurutnya, dia sudah beberapa kali menyekat nombor telefon lelaki itu, namun tetap menerima gangguan sepanjang tiga tahun ini.

  • Seorang wanita tular di Thread selepas berkongsi cara kreatif menolak cinta lelaki.
  • Dia mendakwa diganggu oleh seorang lelaki berstatus suami orang sejak tiga tahun lalu. 
  • Dia membalas mesej lelaki itu dan memintanya membayar kasut berharga RM799.
  • Netizen terhibur dengan taktik wanita itu, malah ada yang mahu meniru caranya.
  • Namun, ada juga yang mengecam dan menuduh wanita sebagai kaki kikis.

Lebih menyakitkan hati, dia mendakwa lelaki itu sebenarnya sudah mendirikan rumah tangga.

Di ruangan komen, segelintir netizen mengakui terhibur dengan cara wanita itu menolak cinta lelaki tersebut.

"Baru RM799, tak sampai RM800 pun. Nasib tak minta beg tangan harga RM3,000 ke RM4,000.

ARTIKEL BERKAITAN: Kacak, fasih baca doa... Wanita kecewa ‘crush’ di ofis rupanya songsang! Kini mula belajar cara kesan lelaki gay

ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga ‘crush’ pelanggan cun selalu datang gerai... Teruja dapat tukar nombor telefon, tapi ‘down’ lepas tengok status

"Baca komen, rupanya (dia) dah ada bini. Kalau rasa nak pasang dua, jangan takut price tag RM799.

"Idea yang bagus, nanti nak cubalah," tulis netizen.

KUALA TERENGGANU 28 JUNE 2015: A young Muslim busy selecting through a collection of scarves to be worn during Hari Raya at the ramadan bazaar located in Terengganu Trade Center (TTC) in here. (STAND ALONE PIX)zabidi tusin/the star/terengganu

Ramai wanita sanggup berbelanja besar demi tampil bergaya. -Gambar hiasan

Namun, ada juga yang mengecam wanita itu dan melabelkannya sebagai kaki kikis duit lelaki.

"Kenapa lelaki nak belikan kau kasut? Ni bukan nak lelaki provider, tapi ni (wanita) gold digger.

"Bijak lelaki tu sebab dia tahu tak munasabah habiskan duit untuk hal tak perlu," tulis netizen lagi.

Artikel Lain