suria

Marah-marah sayang... Wanita ini masih masak untuk bekas suami, tak sampai hati tengok jodoh 13 tahun terabai makan minum

Seorang lelaki pasti sukar melupakan air tangan bekas isteri walaupun mereka sudah bercerai. -Gambar hiasan AI

PERCERAIAN tidak semestinya berakhir dengan persengketaan antara pasangan.

Di Thread, seorang wanita menerima pujian kerana masih memasak dan menghantar makanan buat bekas suaminya.

"Lepas cerai, saya buat tak tahu je la. Lepas beberapa bulan, saya perasan badan dia susut. Marah tu marah, tapi sampai dia terabai makan minum dan susut badan, saya tak boleh. 

Pasangan yang bercerai perlu meneruskan hubungan baik demi anak-anak. -Gambar hiasan AI

"Lagi pun, dia orang yang pernah kita sayang. Jadi saya mula masak balik untuk dia. Hasilnya, jadi 'manusia' balik. Sejak awal sampai 13 tahun kahwin, saya masak untuk dia.

"Dia tak suka makan luar. Sama perangai macam anak-anak. Kita pula jemu makan (masakan) sendiri," tulis wanita itu.

Walaupun masih berhubung baik, wanita itu berkata dia tidak mahu kembali bersama bekas suaminya.

  • Seorang wanita mengaku masih memasak dan menghantar makanan untuk bekas suaminya.
  • Dia kasihan melihat berat badan bekas suami susut kerana terabai makan minum.
  • Wanita itu menegaskan tidak mahu kembali bersama dengan bekas suaminya.
  • Netizen terinspirasi dengan sikap baik dan mendoakan kebahagiaan dirinya.
  • Ramai berharap dia dipertemukan dengan pengganti yang lebih baik.

"Jangan suruh sis get back dengan dia. Saya layak dapat lelaki yang boleh menghargai saya. Cukup saya korbankan 13 tahun. 

"Doakan saya jumpa lelaki yang baik dan boleh bawa ke syurga, yang boleh ajak solat, duduk sama-sama di meja makan, cakap baik-baik dan tak maki-maki," tulisnya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen mengakui terinspirasi dengan sikap baik yang dipamerkan wanita itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah penat masak, kena tunggu giliran pula... Ramai tak boleh terima amalan lapuk lelaki makan dulu, isteri kemudian

ARTIKEL BERKAITAN: Rasa diri bodoh! Tahan mata tolong jiran masak sampai 4 pagi, tuan rumah sedap tuai pujian - “Aku dah macam bibik”

Malah, netizen turut menitipkan doa agar dia menemui pengganti yang lebih baik untuk mengisi kekosongan hati.

"Semoga Allah merahmati kamu. Kamu insan yang hebat.

"Besar hati awak, masih jaga seseorang walaupun dah bersama dengannya.

"Dia tak gila talak ke dapat layanan macam ni? Saya rasa mesti dia menyesal," tulis beberapa netizen.

Artikel Lain