suria

Rahsia pemandu ekskavator kahwin dua hampir pecah, resit transaksi duit gaji jadi punca! Isteri pertama terus mesej majikan

Gaji pemandu ekskavator dilaporkan tinggi. -Gambar hiasan AI

AKIBAT tersalah menulis kapsyen semasa mengirim resit bukti transaksi bank, seorang majikan hampir membocorkan rahsia pekerjanya yang beristeri dua tanpa pengetahuan isteri pertama.

Menurut majikan yang merupakan seorang wanita, dia menulis kapsyen 'bini pertama' dan 'bini kedua' bagi memudahkan pekerjanya mengetahui pindahan wang gaji sudah dibuat kepada kedua-dua isterinya.

Namun, dia tidak menyangka pekerja yang bertugas sebagai pemandu ekskavator tersebut memajukan (forward) mesej tersebut kepada isteri pertamanya tanpa mengubah kapsyen yang dihantar.

Ada wanita yang bahagia suami mereka mengamalkan poligami. -Gambar hiasanAda wanita yang bahagia suami mereka mengamalkan poligami. -Gambar hiasan

“Saya dah bagi gaji dia secara tunai. Lepas tu dia minta tolong transfer (kepada isteri-isteri) sebab dia tak boleh buat online banking dan tiada kenderaan.

"Jadi kecoh apabila isteri pertamanya mesej saya dan bertanya... dia transfer pada siapa lagi?," kongsi majikan tersebut di Threads.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak mahu jadi perempuan dibenci Allah kerana minta cerai, wanita buat perjanjian dengan bakal suami... Setuju poligami tapi bersyarat

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai suami tak dapat lampu hijau poligami sebab miskin! Kalau kaya, tak culas nafkah isteri mungkin pertimbangkan

Menurutnya, dia menarik nafas lega kerana wanita itu percaya hanya dia satu-satunya isteri pekerja tersebut.

"Isteri pertama masih cuba bersangka baik mengatakan husband dia tak kahwin (lain) pun," katanya.

  • Seorang majikan hampir membongkar rahsia pekerjanya yang beristeri dua apabila tersalah meletakkan kapsyen semasa membuat pemindahan gaji.
  • Mesej bank dengan kapsyen “bini pertama” dan “bini kedua” dihantar pekerja itu kepada isteri pertamanya tanpa diubah.
  • Mujur, isteri pertama masih percaya suaminya tidak berpoligami walaupun timbul rasa curiga.
  • Netizen terhibur dan hairan bagaimana lelaki itu mampu beristeri dua walaupun tidak memiliki kenderaan.
  • Majikan mengakui gaji pemandu ekskavator agak lumayan, lebih-lebih lagi jika rajin bekerja lebih masa (OT).

Tambah majikan itu, dia memberikan gaji secara tunai kerana kad bank lelaki tersebut dipegang oleh kedua-dua isterinya. 

Perkongsian itu menarik perhatian netizen kerana dianggap lucu dan pada masa yang sama hairan bagaimana dia boleh berkahwin dua sedangkan tidak mempunyai kenderaan.

Bukan semua wanita rela hidup bermadu. -Gambar hiasanBukan semua wanita rela hidup bermadu. -Gambar hiasan

"Gaji dia tinggi ke sis? Sampai boleh ada dua isteri, siap tambah lagi seorang yang tak tahan tu.

"Tiada kenderaan bukan penghalang untuk ada bini lebih daripada seorang," katanya.

Namun, seorang warga maya mendedahkan gaji pemandu ekskavator sangat tinggi dan kemudian diakui sendiri oleh majikan tersebut.

"Kalau rajin buat OT (kerja lebih masa) lagi masyuk (mewah)," kata wanita tersebut.

Artikel Lain