suria

Adik bongsu ‘berbunyi’ abang hanya hulur RM200 sebulan untuk mak, tuduh gaji banyak tapi kedekut - “Kau ingat RM5,000 tu besar?”

Anak yang baik akan sentiasa bertanya khabar dan mengirim wang belanja untuk ibu bapa. -Gambar hiasan AI

ANAK yang bertanggungjawab pasti tidak akan lupa untuk mengirim wang buat ibu bapa mereka pada setiap bulan.

Di Thread, tular kisah mengenai seorang anak bongsu lelaki yang mempersoalkan jumlah wang pemberian abangnya kepada ibu dan ayah.

Kisah itu meraih perhatian ramai selepas ia dikongsi sendiri oleh kakak kepada individu berkenaan.

Anak perlu berbakti kepada orang tua selagi mereka masih ada. -Gambar hiasan

"Adik aku mengadu, dia kata abang sulung kami yang gaji RM5,000 sebulan bagi mak RM200 je. Dia kata tak cukup.

"Jadi aku sebagai kakak, aku pun semburlah dia habis-habisan tadi. Aku kata, kau ingat RM5,000 tu besar? Itu belum potongan cukai lagi.

"Along tu dah kahwin, ada anak. Komitmen anak isteri lebih utama. Mak tu, aku ada bagi, kakak lain pun ada bagi," tulis wanita itu.

  • Seorang adik bongsu lelaki mempersoalkan jumlah RM200 yang diberi abang sulung bergaji RM5,000 kepada ibu mereka.
  • Kakaknya menegur dengan menjelaskan abang sulung sudah berkahwin, berkeluarga dan ada banyak komitmen.
  • Adik tersebut masih menganggur pada usia 24 tahun dan tidak memahami tanggungan sebenar orang bekerja.
  • Wanita itu meluahkan rasa kesal kerana adiknya hanya tahu mengkritik tanpa berusaha mencari kerja.
  • Netizen menyokong tindakan kakak itu menegur adiknya agar sedar tanggungjawab sendiri.

Dalam hantaran sama, wanita itu turut mengadu tentang sikap buruk adiknya yang masih belum bekerja pada usia 24 tahun.

"Lagi sekali aku dengar dia sibuk hal duit adik-beradik, siaplah dia. Muncung member tu tak bertegur dengan aku dah tiga hari.

"Dia tak pernah kerja. Dia tak tahu komitmen dan apa yang kena potong. Jadi dia nampak total gaji RM5,000 tu je.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu tolak bakal menantu gaji RM3,000 sebulan, risau anak hidup susah lepas kahwin - “Tapi BF saya tak miskin, jaga solat”

ARTIKEL BERKAITAN: Gaji tinggal RM400, suami turuti permintaan bapa nak makan di restoran... Beri RM300 sebelum balik - "Susu, lampin tak beli lagi"

"Orang yang tak pernah rasa susah kerja ni memang senang je complaint hidup orang lain. Berbuih mulut suruh kerja, dia buat bodoh je" tulisnya lagi.

Di ruangan komen, ramai netizen bersetuju dengan tindakan wanita itu yang menegur adik bongsunya.

"Terbaik kak. Biar tak bertegur sekarang, jangan melarat sikap malasnya nanti. Bagi dia sedar sikit.

Face mask, hand sanitizer and glove selling at the grocery shop in Kota Damansara during the conditional movement control order. AZMAN GHANI / The Star

Wang kiriman anak-anak boleh dibelanjakan untuk membeli barangan keperluan. -Gambar hiasan

"Bagus, eloklah dibetulkan sebelum melarat sibuk mengurus gaji orang. Sendiri gaji minimum pun belum ada.

"Mantap kak. Kalau adik akak tu lelaki, memang dasar lembik, memang patut kena ajar," tulis netizen.

Artikel Lain