ISU bantuan subsidi bersasar BUDI95 terus hangat diperkatakan, kali ini membabitkan rungutan dalam kalangan pelajar sekolah menengah yang menunggang motosikal ke sekolah.
Perkara itu didedahkan seorang guru selepas ramai pelajarnya terpaksa membayar harga penuh RON95 kerana tidak layak menerima subsidi BUDI95.
Menurutnya, punca utamanya kerana kebanyakan pelajar tersebut tidak memiliki lesen memandu.
Ramai remaja bersekolah menunggang secara haram tanpa lesen memandu. -Gambar hiasan AI
"Saya sebagai cikgu di sekolah menengah mendengar rungutan pelajar-pelajar yang menggunakan motosikal ke sekolah. Mereka terpaksa bayar RM2.60 seliter untuk minyak.
"Rupa-rupanya ramai pelajar sekolah tiada lesen memandu. No wonder ramai yang bash pasal BUDI95. Salah satunya ialah tentang pelajar yang tiada lesen tetapi ada motosikal," kongsinya di Threads.
ARTIKEL BERKAITAN: Juruwang stesen minyak ‘disembur’ pelanggan wanita, berang diminta bayar RON95... Sangka BUDI95 program petrol percuma
ARTIKEL BERKAITAN: Ulang alik banyak tempat, isteri tiada lesen memandu merungut tak dapat BUDI95... Kuota suami sahaja tak cukup!
Jelasnya, sebahagian besar daripada pelajar terbabit sudah mengubah suai motosikal masing-masing dengan kos ratusan ringgit.
"Motosikal sudah modified habis dengan beratus-ratus ringgit tetapi tak mampu untuk beli minyak.
- Seorang guru sekolah menengah dedah ramai pelajar terpaksa bayar harga penuh RON95 RM2.60 seliter kerana tidak layak BUDI95.
- Punca utama ialah pelajar tiada lesen memandu walaupun menunggang motosikal setiap hari ke sekolah.
- Ada yang sanggup berbelanja ratusan ringgit untuk modifikasi motosikal, tetapi gagal utamakan lesen.
- Netizen anggap perkara itu wajar jadi pengajaran dan menyindir sikap pelajar serta ibu bapa.
- Ramai setuju subsidi bersasar seperti BUDI95 mampu mengawal penyalahgunaan dan galakkan pelajar ambil lesen.
"Bayangkan kerugian lebih RM2 untuk setiap kali isian Honda Wave kalau tidak dapat BUDI95," katanya.
Perkongsian itu mengundang ketawa netizen dengan mereka berkata itu langkah terbaik dan pengajaran bagi membolehkan pelajar segera mengambil lesen memandu.
Reaksi netizen
"Padan muka pelajar tu, kecil-kecil dah diajar buat kesalahan oleh mak ayah. Naik motosikal tanpa lesen. Jadi apa-apa menyusahkan semua orang.
"Modified motor ada duit, nak buat lesen tiada duit? Mesti nak modified tu kumpul duit juga kan? Takkan la tak boleh aplikasikan benda yang sama (kumpul duit ambil lesen).
"Patutnya minyak naik jadi RM5 untuk mereka ni. Bawa motosikal tiada lesen," katanya.