suria

Lelaki didakwa terima kifarah lepas sepak kucing bunting... Berubat banyak tempat tapi tak sembuh

Segelintir individu tergamak bertindak kejam terhadap haiwan jalanan. -Gambar hiasan AI

SETIAP manusia wajar menzahirkan sifat belas kasihan terhadap haiwan kerana ia juga makhluk ciptaan Tuhan.

Di Thread, seorang wanita meraih perhatian ramai selepas berkongsi mengenai balasan yang didakwa diterima seorang lelaki kerana menganiayai haiwan.

Dakwanya, kaki lelaki itu menjadi tempang secara tiba-tiba selepas dia menyakiti seekor kucing yang sedang bunting.

story on the cat was left on an empty at abdoned house.Starpicby Kamarul Ariffin /17.5.2022

Banyak kucing dibuang di kawasan pasar. -Gambar hiasan

"Dulu ada seorang lelaki ni tendang ibu kucing yang tengah bunting. Sejak itu, kakinya tempang. 

"Kawan saya kata dia dah berubat di banyak tempat tapi masih tak sembuh. Satu hari saya pun terserempak dengan lelaki tu.

"Saya tengok kaki dia tempang sikit je. Tak logik kalau tak boleh berubat. Jangan lupa Allah tu ada," tulisnya.

  • Seorang wanita dakwa kenalan lelakinya jadi tempang selepas menendang kucing bunting.
  • Lelaki itu dikatakan sudah pergi berubat di beberapa tempat namun tidak sembuh.
  • Seorang lagi individu mendedahkan pelanggannya sakit kaki selepas menganiaya kucing jalanan.
  • Namun, pelanggan itu kembali sembuh selepas dia mula membantu haiwan berkenaan.
  • Netizen turut berpesan agar masyarakat tidak menganiaya haiwan kerana Allah akan membalas perbuatan zalim.

Di ruangan komen, seorang lagi individu turut berkongsi kisah hampir sama yang berlaku ke atas pelanggannya.

"Pelanggan saya dulu, kaki dia sakit tapi semua ubat tak berkesan. Rupanya dia pernah sisihkan seekor kucing jalanan dekat rumah dia.

"Ada juga dia tertendang kucing tu. Tak bagi makan, halau, padahal dia pun ada bela kucing indoor

Stray cat is seen at Jalan Masjid India during the movement control order on Saturday. AZMAN GHANI / The Star

Kucing jalanan juga mendambakan kasih sayang manusia. -Gambar hiasan

"Satu hari dia tergerak hati nak bagi kucing tu makan. Lepas tu dia adopt dan kaki dia pun perlahan-lahan sembuh," cerita individu itu pula.

Di ruangan komen, netizen turut meninggalkan pesanan agar orang awam tidak menganiayai haiwan, khususnya kucing-kucing jalanan.

"Saya selalu doa minta Allah balas orang yang bongkak dengan makhluk-Nya.

"Tuhan itu ada. Biasanya orang yang buat aniaya haiwan ni memang Tuhan bayar cash," tulis netizen lagi.

Artikel Lain