SEORANG wanita yang menghidap talasemia mencuri perhatian di aplikasi Thread selepas berkongsi kisah percintaannya.
Menurut wanita itu, dia kini berada dalam dilema kerana teman lelakinya juga menghidap penyakit yang sama.
"Aku dengan teman lelaki ada talasemia. Seperti yang anda tahu, kalau ada penyakit ni tak digalakkan kahwin.
Penghidap talasemia perlu peka dengan risiko yang bakal dihadapi jika mereka mahu berkahwin dan menimang cahaya mata. -Gambar hiasan
"Aku risau gila, tapi dia cakap tak apa. Dia kata dah buat research, ada jalan untuk kami bersama.
"Tapi apa yang anda semua fikir? Patutkah aku minta putuskan hubungan?" tulis wanita itu.
Di ruangan komen, ramai pelayar Thread memberi nasihat kepada wanita itu agar tidak meneruskan hubungannya.
- Wanita menghidap talasemia berkongsi dilema percintaan dengan teman lelaki yang turut mempunyai penyakit sama.
- Dia bimbang masa depan hubungan mereka kerana pasangan pembawa talasemia tidak digalakkan berkahwin.
- Teman lelakinya yakin ada cara untuk mereka hidup bersama selepas membuat kajian sendiri.
- Netizen menasihati wanita itu agar tidak meneruskan hubungan demi masa depan anak.
- Pasangan pembawa talasemia berisiko mendapat anak talasemia major yang memerlukan rawatan seumur hidup.
"Saya ibu kepada anak-anak talasemia major. Tolonglah putuskan hubungan. Carilah manusia lain dik. The struggle is real.
"Saya juga pembawa talasemia. Tolong cari pasangan yang tiada penyakit ini. Tolong fikir masa depan kalau nak anak.
"Tolong elak. Saya kesian tengok budak-budak yang ada talasemia dekat wad hospital," tulis beberapa individu.
ARTIKEL BERKAITAN: Hidap talasemia sejak usia 5 tahun... kali ini video Haziq laungkan azan raih perhatian, syabas ibu ayah dipuji pandai didik anak
ARTIKEL BERKAITAN: Talasemia ‘pisahkan’ doktor dengan tunang! Saling menyinta tapi sepakat tak nikah... tak sanggup tengok anak derita
Menurut netizen di ruangan komen, pasangan itu boleh berkahwin sekiranya mereka memang tidak mahu menimang cahaya mata.
"Boleh la kahwin tapi jangan beranak. Beranak untuk seksa kehidupan anak seumur hidup buat apa?
"Boleh kahwin tapi jangan ada anak. Kalau tak sanggup, jangan kahwin.
Penyakit yang dihidapi boleh menjadi punca keretakan hubungan rumah tangga. -Gambar hiasan
"Kalau nak zuriat, cari orang lain. Kalau nak kahwin juga dengan dia, jangan ada zuriat," tulis netizen lagi.
Sekadar info, talasemia adalah penyakit genetik keturunan yang menyebabkan tubuh tidak dapat menghasilkan jumlah hemoglobin dan sel darah merah yang cukup, mengakibatkan anemia kronik dan komplikasi lain.
Ia diwarisi daripada ibu dan bapa dan dapat dicegah dengan pemeriksaan genetik sebelum berkahwin.
pasangan yang sama-sama pembawa talasemia tidak digalakkan berkahwin kerana berisiko tinggi mendapat anak yang menghidap talasemia major.