MUSIM kemasukan pelajar baharu ke universiti kembali meriah apabila ramai anak muda mula mendaftar ke kampus masing-masing.
Seorang lelaki tampil berkongsi beberapa pesanan santai namun penuh bermakna yang dianggap berguna buat mahasiswa baharu dalam menyesuaikan diri dengan kehidupan kampus.
Menurutnya, sebagai individu sudah melalui pengalaman di universiti, nasihat itu boleh dijadikan panduan agar mereka tidak tersilap langkah.
Pelajar perlu berdikari sendiri sebaik menjejak kaki ke kampus. -Gambar hiasan
“Seminggu dua ni ramai student start daftar masuk universiti. Ni antara pesanan abang. Masuk kelas nanti sign tu biar simple, senang member nak tolong nanti.
"Selain tu, lepas berak jangan lupa pam tandas. Berak tak pam ni bagi kat foreigner China sudah la,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan pergi, awak akan selamat” - Netizen nasihat ponteng minggu orientasi, gembar-gembur perangai abang ‘fasi’
ARTIKEL BERKAITAN: “Saya simpulkan mereka ni berdendam” - Kejam! Lelaki dedah fasilitator paksa jogging walau kaki baru dibedah ketika minggu orientasi
Antara lain, dia turut menasihatkan pelajar baharu supaya berwaspada dengan ajakan rakan yang cuba melibatkan mereka dalam pemasaran pelbagai tingkat (MLM).
- Seorang lelaki berkongsi pesanan santai tetapi penuh pengajaran kepada pelajar baharu universiti.
- Antara nasihatnya termasuk menjaga kebersihan tandas dan tidak menyusahkan rakan sebilik.
- Lelaki terbabit turut memberi amaran supaya berhati-hati dengan ajakan rakan menyertai skim MLM.
- Dia juga menasihati mahasiswa agar tidak terjebak dengan dunia gelap atau darkside.
- Dalam nada bergurau, dia itu mengingatkan pelajar perempuan supaya tidak mudah terpikat dengan fasilitator kacak semasa minggu orientasi.
“Kalau ada member tak berapa rapat tiba-tiba ajak makan, sah dia nak ajak join MLM.
"Lagi satu, apabila kau kategori obesiti dan ada makwe cun ejas kau, ada kemungkinan dia nak jual produk kesihatan.
"Kemudian tolong jangan sorok ayam bawah telur dadar. Tak berkat,” katanya berseloroh.
Ada juga unsur ragging ketika minggu orientasi. -Gambar hiasan
Selain itu, individu terbabit juga berpesan agar pelajar baharu tidak terjebak dengan dunia gelap atau darkside (DS) yang boleh merosakkan masa depan mereka.
Dalam nada bergurau, dia turut mengingatkan supaya pelajar perempuan tidak mudah terpesona dengan abang fasilitator kacak semasa minggu orientasi.
“Masa orientasi ni kalau ada abang fasilitator yang kacak, kau rileks dulu. Yang lagi kacak tengah cuti,” ujarnya.