SEORANG lelaki mengalami kemalangan jalan raya sehari selepas isterinya menuduh dia berlaku curang dengan salah seorang pekerjanya sendiri.
Insiden bermula apabila isterinya mahu memeriksa telefon bimbit selepas mendengar gosip tentang skandal suaminya di tempat kerja.
Atas nama lelaki yang tidak mengaku bermain kayu tiga, dia segera memadam mesej dan perbualan dengan pekerja tersebut.
Kesetiaan akan teruji apabila pasangan berlaku curang. -Gambar hiasan
"Aku dah boleh hidu awal-awal, jadi aku pun delete semua yang berkenaan. Memang dia tak percaya, tapi tiada bukti.
"Kemudian bini aku cakap... kalau betul abang dah delete semua chat tu, semoga abang accident putus tangan," kongsi lelaki tersebut yang dipercayai seorang peniaga.
ARTIKEL BERKAITAN: Mekanik curang terima kifarah, kaki putus akibat kemalangan... Pernah kantoi ‘servis’ staf bengkel dalam stor!
ARTIKEL BERKAITAN: Suami maut kemalangan, luluh hati isteri jumpa mesej curang dalam telefon - "Kifarah ke semua ni?"
Keesokan harinya, dia mendakwa ketika dalam perjalanan untuk membuka kedai, kereta yang dipandunya tiba-tiba hilang kawalan sebelum berpusing dan melanggar pagar besi penghadang jalan.
Katanya, walaupun tidak mengalami kecederaan serius, bahagian hadapan kenderaan remuk teruk.
- Seorang lelaki mendakwa mengalami kemalangan jalan raya sehari selepas isterinya menuduh dia berlaku curang dengan pekerja.
- Katanya, isterinya berpesan jika benar dia memadam bukti perbualan, biarlah dia ditimpa kemalangan sehingga putus tangan.
- Keesokan harinya, keretanya hilang kawalan sebelum berpusing dan melanggar pagar besi, menyebabkan bahagian hadapan remuk.
- Walaupun tidak cedera parah, lengan lelaki itu tersayat besi bonet dan meninggalkan parut kekal.
- Perkongsian itu turut menarik perhatian seorang wanita yang menceritakan pengalaman serupa dengan bekas suaminya yang curang, hingga membawa kepada perceraian dan kegagalan memberi nafkah anak sejak 2018.
"Tapi masa aku nak buka bonet untuk cabut wayar bateri sebab enjin tak boleh dimatikan, lengan aku tersangkut besi bonet.
"Walaupun tak luka teruk tapi berparut juga la. Bila aku telefon bini bagitahu kemalangan, rasanya anda boleh agak dah cerita seterusnya," katanya.
Reaksi netizen
Perkongsian itu menarik perhatian seorang wanita yang mendakwa bekas suaminya turut mengalami kemalangan selepas berlaku curang dalam perkahwinan mereka.
"Dia cabar aku sebagai isteri, dia cakap kalau betul dia menipu dan curang dia akan ditimpa bala. Aku aminkan je... cash Allah bagi.
"Dalam zon merah dia menangis minta maaf sampai semua nurse pelik, ingatkan sihat lepas tu berubah rupanya sama ja," katanya.
Tambahnya mereka kemudiannya bercerai pada 2018 dan sejak itu lelaki tersebut gagal memberikan nafkah buat anak-anak mereka.