MEMILIKI majikan yang baik dan memahami merupakan impian kebanyakan pekerja terutama golongan ibu.
Berpeluang menikmatinya, seorang wanita berkongsi pengalaman bekerja di bawah majikan yang prihatin dan menjaga kebajikan pekerjanya, di laman Thread.
"Semalam aku ambil cuti kecemasan (EL) disebabkan bayi perempuan aku tak sihat tapi aku masih boleh siapkan beberapa tugasan segera dan menjawab pertanyaan klien.
Anak yang sakit memerlukan perhatian rapi daripada ibunya. -Gambar hiasan
"Hari ini, bos tanya nama anak aku sekali lagi dan cakap tak perlu mohon cuti untuk semalam sebab dianggap bekerja dari rumah (WFH)," ujarnya.
Lebih mengejutkan apabila dia dibenarkan terus bekerja dari rumah sehinggalah anak sembuh sepenuhnya.
"Esok tak perlu masuk (pejabat), awak boleh bekerja dari rumah sehingga baby sembuh sepenuhnya," kongsi wanita ini, mengimbau kata-kata majikannya.
ARTIKEL BERKAITAN: Rupanya ada pekerja tak kisah gaji rendah... Syukur dapat bos baik, kawan ofis bukan jenis toksik!
ARTIKEL BERKAITAN: Bos busuk hati staf cuti bersalin, arah pergi kursus lepas habis pantang... Tak layan pekerja lain sukarela mahu ganti
Keprihatinan ketuanya itu membuatkan dia sebak dan bersyukur.
Baginya majikan yang baik adalah satu anugerah.
Dalam hantaran berlainan, dia turut mendoakan supaya golongan wanita bekerjaya yang mempunyai anak dikurniakan majikan yang baik dan memahami.
- Wanita ambil EL sebab anak sakit, tapi bos kata tak perlu mohon cuti kerana tugasan segera tetap diselesaikan.
- Malah majikan beri kebenaran bekerja dari rumah sehingga anak sembuh.
- Wanita itu terharu, anggap bos yang memahami adalah satu anugerah.
- Dia menasihati ibu bekerja agar meletakkan anak sebagai keutamaan.
- Ramai kagum sikap prihatin majikan, namun ada juga yang berkongsi pengalaman berbeza.
"Saya doakan semua ibu bekerja dikurniakan bos yang baik dan memahami kondisi mak-mak macam kita apabila anak sakit.
"Nasihat saya, kalau anak sakit, please always put your kids as your top priority.
"Orang akan sentiasa bercakap, tapi jangan lupa… di tempat kerja kita boleh diganti, di rumah kita tak kan pernah boleh diganti," tambahnya.
Warga maya turut berkongsi pengalaman masing-masing.
Perkongsian itu mendapat perhatian ramai yang rata-ratanya mengakui tidak semua majikan bersikap memahami.
Malah ada yang menceritakan pengalaman berbeza ketika anak mereka jatuh sakit.
"Ramai yang tanya kenapa saya PJJ (perhubungan jarak jauh), kenapa tak berhenti dan ikut suami... rakan pejabat dan bos yang baik adalah satu sebab kenapa saya pilih untuk terus bekerja di tempat sekarang.
"Anak saya sakit, siap kena amaran supaya elakkan ambil EL. Disuruh rancang cuti tahunan dengan baik, dia ingat tahu dalam mimpi ke kalau anak nak sakit esok.
"Tadi minta bos nak WFH sebab anak kena demam campak, Alhamdulillah bos memahami. Semoga bos yang baik ni, Allah permudahkan juga urusan mereka," demikian antara reaksi netizen.