SEORANG wanita Malaysia pernah mencuri perhatian pada 2023 apabila kisah perkahwinannya dengan pemuda Bangladesh tular di media sosial.
Kisah perkahwinan Nur Nadhirah Roslee, 28, dan Mohammad Samim Hossain, 27, itu turut mendapat liputan mStar pada 14 Ogos tahun yang sama.
Selepas dua tahun berlalu, wanita yang senang disapa Nad itu memaklumkan yang dia dan suaminya kini sudah mempunyai seorang cahaya mata.
Nad dan suami mengusahakan sebuah kafe di Perlis sambil membesarkan puteri sulung mereka.
"Saya dah ada seorang anak perempuan. Saya bersalin pada 5 Disember 2024. Anak saya diberi nama Nur Safa Afiya," kongsinya kepada mStar.
Ketika awal kisah mereka tular, Nad dan suaminya sama-sama bekerja di sebuah kilang di Klang, Selangor.
Namun kata Nad yang juga bekas penyelia kilang, dia kini mengusahakan kafe di kampung halamannya di Perlis.
- Seorang wanita Malaysia tular kerana berkahwin dengan pemuda Bangladesh pada 2023.
- Kini pasangan itu sudah memiliki seorang cahaya mata perempuan yang lahir Disember lalu.
- Pasangan yang pernah bekerja di sebuah kilang di Klang itu kini sama-sama mengusahakan kafe di Perlis.
- Kafe mereka menawarkan aneka kopi, pencuci mulut, makanan tempatan dan barat.
- Wanita itu juga pernah didatangi beberapa individu yang mahu bertanya tentang proses perkahwinan dengan warga asing.
"Sebenarnya kedai itu wujud sebelum kahwin lagi. Saya buka kafe dengan keluarga selepas resign. Selepas kahwin, suami pun tolong di kafe.
"Saya jaga pengurusan kedai, suami pula jaga bahagian dapur. Kami jual kopi. Selain itu, ada juga western food dan goreng-goreng.
Perkahwinan pasangan ini meraih perhatian ramai pada tahun 2023.
"Best seller kami adalah nasi goreng cili tumbuk-tumbuk. Dessert pun ada," kongsinya lagi.
Memandangkan kisahnya pernah tular, Nad berkata dia turut didatangi individu yang mahu bertanya tentang urusan perkahwinan dengan lelaki asing.
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita nikah jejaka Bangladesh kenal di kilang! Majlis di kampung suami meriah, dapat layanan VIP - “Tak seteruk kita sangka”
ARTIKEL BERKAITAN: Ditanya tentang halangan kahwin lelaki Nigeria, wanita ini terus kongsi video keluarganya yang ‘sempoi’
"Lepas viral, ada yang cari saya sampai kedai semata-mata nak tanya pasal kahwin foreigner. Ada dalam lima keluarga yang pernah datang.
Kafe Tentang Kopi yang diusahakan oleh Nad bersama suaminya.
"Yang datang semua Melayu. Ada yang (berjaya) kahwin, ada yang tak jadi kahwin. Saya pun tak kisah mereka nak kahwin dengan siapa.
"Tapi saya nasihat yang tiada jalan mudah bila nak kahwin dengan foreigner," ujar Nad lagi.
Antara menu menarik di kafe Tentang Kopi.
Untuk rekod, Nad dan suaminya mendirikan rumah tangga pada 29 Mei 2023 selepas berkenalan pada 2018.
Selain majlis di Malaysia, Nad dan suaminya turut meraih perhatian selepas berkongsi kemeriahan kenduri mereka di Bangladesh.