SEORANG wanita tampil meluahkan rasa tidak puas hati gara-gara sering disuruh melayan abang iparnya.
Menurut wanita tersebut, dia kurang selesa ada ahli keluarga menegurnya apabila dia tidak menyendukkan nasi atau menyediakan pinggan untuk abang ipar ketika mereka sekeluarga berkumpul dan makan bersama.
"Boleh tak mak-mak atau nenek berhenti suruh menantu perempuan sendukkan nasi, basuh pinggan untuk abang ipar? Tu bukan laki aku nak dilayan macam raja.
Mentua tidak sepatutnya mendesak menantu untuk melakukan kerja rumah. -Gambar hiasan
"Pandai-pandai la sendiri. Mereka tak suruh aku pun. Ni nampak abang ipar ambil pinggan terus 'sound' (tegur) ish ambil pinggan tu kak, senduk nasi.
"Aku bukan isteri dia la dan dia ada tangan dan kaki, pandai-pandai la. Aku tak suka mentaliti orang tua-tua yang kalau boleh semua lelaki nak dilayan macam raja. Tolong la, wanita bukan kuli lelaki," katanya.
Dia bagaimanapun tidak kisah sekiranya disuruh memberi layanan baik kepada anak saudara atau kakaknya sendiri.
ARTIKEL BERKAITAN: “Mungkin dia tak bayar cukai” - Dania Sedek pertahan harga nasi khaomok RM35, minta jangan banding peniaga lain
ARTIKEL BERKAITAN: Makcik pandang serong, tuduh tuan kenduri kedekut catu makanan! Tak puas hati guna khidmat pramusaji, susah nak cedok lauk sendiri
Namun begitu, dia memilih untuk tidak menyuarakan hal tersebut bagi mengelakkan berlaku krisis dalam keluarga besarnya.
"Yang jadi isu sekarang ni kalau aku tak sendukkan nasi abang ipar, memang kena judge dan sound. Tu bukan suami aku kot? Laki aku tak apa la.
"Nak melawan nanti jadi isu so memang 'pekakkan' telinga. Mereka yang tak ada isu ni, awak tak duduk tempat saya. Senang je cakap (label) orang sexist (memperlekehkan).
- Wanita tak puas hati sering disuruh layan baik abang ipar dengan sendukkan nasi.
- Dia bertegas hanya akan layan suami, ibu bapa dan anak sendiri.
- Anggap abang ipar mampu buat sendiri.
- Tapi pilih berdiam diri demi elak konflik keluarga.
- Netizen setuju budaya ‘merajakan lelaki’ patut dihentikan.
"Lagi pula aku akan layan macam tu untuk suami, ayah dan mak aku je," ujarnya.
Luahan itu tenyata mendapat perhatian ramai netizen yang faham situasi diceritakan wanita ini.
Rata-ratanya bersetuju bahawa budaya 'merajakan lelaki' dalam keluarga perlu dihentikan.
Antara komen netizen di Threads.
"Buat tak tahu je. Lagipun abang ipar jadi ada batasnya. Lain la suami sendiri. Kalau abang ipar kurang upaya (OKU) okay la tolong senduk. Setuju dengan awak sis.
"Bila adat melebihi syariat. Betulkan semula pemikiran orang tua-tua yang 'merajakan' lelaki sampai melampau batasan agama.
"Laki orang lain, apa benda adik ipar pula nak kena hidang, bini dia?" demikian komen beberapa netizen.