suria

Kawan ibu muka tembok, hutang lama tak bayar desak pinjam duit lagi! Suruh gadai gelang sedang dipakai

Pelbagai alasan diberikan individu yang gemar meminjam wang. -Gambar hiasan

PENGALAMAN berdepan individu yang gemar meminjam wang sememangnya amat merimaskan dan menjengkelkan.

Namun situasi yang dikongsi seorang pelayar Thread ini mencuit hati apabila individu yang ingin meminjam wang meminta supaya gelang emas digadai bagi membolehkan dia berhutang.

"Pertama kali kena macam ni dengan orang yang minta berhutang... lain macam 'level' dia.

Sikap murah hati segelintir individu menggalakkan budaya meminjam dalam kalangan masyarakat. -Gambar hiasan

Sikap murah hati segelintir individu menggalakkan budaya meminjam dalam masyarakat. -Gambar hiasan

"Saya berada di rumah mak hari ini, tiba-tiba kawan dia datang, niat nak berhutang tapi mak tak nak bagi.

"Mak cakap tak ada duit, kemudian dia cakap sambil pandang saya. Itu, gelang emas (sedang dipakai pengadu) tak boleh gadai dulu untuk saya guna duit?" kongsinya.

Terkejut mendengar permintaan tersebut, wanita ini terus memberikan jelingan tajam kepada rakan ibunya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu herdik, perli orang susah... Pemungut hutang kini sempit rezeki, anggap diri terima kifarah

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tak halalkan!” - Wanita dihina darah daging sendiri gara-gara minta hutang, menyesal bantu beri pinjaman sampai RM16,000

Malah katanya, mereka langsung tidak mempunyai pertalian darah dan individu terbabit bukanlah rapat dengan ibunya atau ahli keluarga lain.

Menurut wanita ini lagi, ibunya sengaja memberi alasan tidak mempunyai wang kerana hutang lama individu terbabit masih belum dilangsaikan.

  • Seorang gadis kongsi pengalaman apabila rakan ibu mahu pinjam wang, tetapi tak tahu malu.
  • Ibunya tolak dengan alasan 'tiada duit' kerana hutang lama masih belum dilangsaikan.
  • Individu terbabit selamba cadangkan supaya gadis itu gadai gelang emas yang dipakai manakala wang yang diperolehi dipinjamkan kepadanya.
  • Wanita berkenaan hanya menjeling, manakala ibunya segera ‘sound’ agar hutang lama dibayar dahulu.
  • Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi; ada yang ketawa dengan keberanian si peminjam, namun ramai mengingatkan keluarga berkenaan supaya berhati-hati.

"Mak terus cakap yang barang kemas tu bukan dia punya sambil 'sound', hutang lama pun tak bayar, ada hati suruh orang bergadai untuk awak.

"Keluarga dia memang selalu datang rumah untuk meminjam macam-macam tapi datang semsa abang-abang saya tiada di rumah," tambahnya lagi.

Perkongsian tersebut mencetuskan pelbagai reaksi warganet yang rata-ratanya terhibur dengan gelagat rakan ibunya.

Antara reaksi warga maya.

Antara reaksi warga maya.

Namun pada masa sama ramai yang mengingatkan supaya dia dan ibunya berhati-hati kerana bimbang mereka berdepan ancaman atau situasi bahaya.

"Suruh mak awak berhati-hati dan jaga diri, risau orang terdesak sangat ni, dia boleh fikir perkara yang bukan-bukan demi kepuasan diri.

"Pernah jumpa orang macam ni memang muka tebal betul, sekarang ni ramai suka pinjam dan manipulasi perasaan kita.

"Biasa orang macam ni tak boleh dipercayai, harta orang lain pun dia nak... memang bahaya.

"Kenapalah si penghutang ni tak malu," demikian antara reaksi warga maya.

Artikel Lain