suria

Golongan suami diminta waspada isteri ada 'sejarah' hubungan sejenis! Kahwin cuma untuk 'cover line', famili desak

Terdapat segelintir wanita yang didakwa menjalinkan hubungan sejenis walaupun sudah berkahwin. -Gambar hiasan AI

ATAS desakan keluarga, segelintir individu bernafsu songsang sanggup berkahwin meskipun hakikatnya mereka hanya menipu diri sendiri.

Lebih membimbangkan, perkara itu dirahsiakan daripada pasangan sehingga akhirnya mencetuskan pelbagai masalah dalam rumah tangga.

Di Thread, seorang wanita meraih perhatian selepas dia membuat perkongsian mengenai wujudnya kumpulan kecil isteri yang didakwa bernafsu songsang.

Segelintir individu yang menjalinkan hubungan songsang sanggup berkahwin demi menutup mulut orang sekeliling. -Gambar hiasan AI

"Yang ada isteri background lesbian sebelum kahwin, banyak-banyaklah check fon isteri tu.

"Sebab kebanyakan wanita lesbian ni terpaksa kahwin sebab (desakan) keluarga je.

"Tapi belakang (keluarga), mereka masih amalkan (gaya hidup songsang). Kawan saya pun ramai macam ni," tulisnya.

  • Seorang wanita di Thread memberi amaran tentang kaum Hawa yang didakwa bernafsu songsang.
  • Dakwa wanita itu, terdapat segelintir wanita songsang yang berkahwin atas desakan keluarga.
  • Seorang lagi wanita mendakwa rakannya yang kelihatan warak turut mengamalkan hubungan songsang.
  • Tambahnya, rakan wanitanya itu sering memberi nasihat kepada orang walaupun dia melakukan dosa besar.
  • Beberapa lagi netizen turut mengakui mereka juga mengenali wanita bernafsu songsang.

Di ruangan komen, seorang lagi wanita mendakwa dia juga mempunyai kenalan bernafsu songsang walaupun luarannya kelihatan warak.

"Tak payah jauh, member sendiri dah macam tu. Dah kahwin, tapi dia belum dikurniakan anak.

"Dia pakai tudung, solat tapi lesbian dengan perempuan bertudung juga. Suami percaya yang mereka tu kawan baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita salahkan krisis usia terjebak dunia lesbian, kini dihantui rasa bersalah sampai tak boleh tengok muka suami

ARTIKEL BERKAITAN: Ajak berasmara tapi jual mahal, rupanya isteri berselera songsang! Kantoi hantar mesej lucah dengan BFF

"Bukan main nasihatkan orang (isu) itu ini, tapi hakikatnya dia munafik," tulis wanita itu pula.

Beberapa lagi pelayar Thread turut mendedahkan realiti sama yang berlaku di sekeliling mereka.

"Sedih tapi realitinya memang ada. Kita yang perempuan ni boleh beza rapat cara kawan baik atau rapat yang ada hubungan.

Setiap individu perlu jujur dengan pasangan masing-masing. -Gambar hiasan AI

"Bos lama aku, dia bini orang, anak dah berapa. Tapi couple dengan pengkid.

"Dulu duduk asrama, pernah kantoi dua perempuan tengah buat perkara tak senonoh," tulis beberapa netizen lagi.

Artikel Lain