suria

Pasang muzik jedag jedug kuat-kuat, ligat menari 'ular'! Wanita rasa tertipu, suami cuma berlakon sopan masa bercinta

Perubahan sikap pasangan boleh menyebabkan pergaduhan dalam rumah tangga. -Gambar hiasan AI

SEBELUM melangkah ke alam perkahwinan, seseorang itu harus mengenali hati budi pasangan dengan sebaiknya agar hubungan lebih terjamin dan bahagia.

Di laman X, tular kisah seorang wanita yang hanya mengetahui sifat sebenar pasangannya selepas mereka mendirikan rumah tangga.

Menurut wanita itu, dia bagaikan tertipu kerana suaminya menunjukkan sikap dan personaliti berbeza ketika mereka masih bercinta.

Kebanyakan pasangan bercerai kerana tiada persefahaman. -Gambar hiasan AI

"Suami sebelum nikah elok je, aesthetic je nampak. Lepas nikah baru tahu jenis suka dengar lagu 'jedag jedug'.

"Dia suka pasang speaker kuat-kuat. Kawan-kawan dia pun rempit, suka memaki hamun bagai. Boleh tahan lama dia berlakon depan aku selama ni.

"Paling tak boleh blah, dia suka hadiri majlis-majlis menari 'ular' tu," tulis wanita berkenaan.

  • Seorang wanita di platform X meluahkan rasa menyesal selepas dia mengahwini seorang lelaki.
  • Menurut wanita itu, perangai suaminya sebelum dan selepas kahwin sangat berbeza.
  • Dia terkejut selepas mengetahui melihat sisi sebenar suaminya yang dianggap seperti lelaki rempit.
  • Selain gemar mendengar lagu-lagu yang dianggap bingit, dia berkata suaminya juga sakan menari.
  • Netizen beri nasihat agar kenal hati budi terlebih dahulu sebelum buat keputusan berkahwin.

Jedag jedug ialah istilah slanga dari Indonesia untuk lagu-lagu remix dangdut yang biasanya popular di aplikasi TikTok.

Hantaran tersebut dihujani pelbagai komen netizen yang rata-ratanya bersimpati dengan nasib wanita itu.

"Kena game sampai kahwin. Ini mesti dulu mengata teman lelaki orang. Akhirnya sendiri kena karma.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami kerja jurujual berzina dengan janda! Mesej TikTok bongkar segala rahsia - “Sekarang sales dia tak berapa ada”

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Kecoh isteri terjah suami curang di klinik... Siap tarik rambut, bagi penampar! - “Kenapa ajak laki orang teman?”

"Didik dan ajarlah dia untuk tinggalkan sikap lama tu," tulis beberapa individu.

Menurut netizen lagi, wanita itu mungkin membuat kesilapan kerana terlalu terburu-buru untuk berkahwin.

Ramai individu gemar berkongsi video tarian mereka di media sosial. -Gambar hiasan AI

"Sebab tu aku cakap jangan kahwin cepat-cepat. Masa dating, ambil kesempatan untuk kaji dia. 

"Kau kawan berapa hari je dengan laki kau? Cuba tengok orang lelaki, kalau berkawan dengan perempuan, sekejap je dia tahu habit perempuan tu," tulis netizen lagi.

Artikel Lain