suria

Hidup tiada privasi, mentua sibuk periksa pergerakan anak menantu... Dah tahu lokasi, tetap telefon pura-pura tanya

Ibu tidak sepatutnya masuk campur urusan rumah tangga anak-anak. -Gambar hiasan

HUBUNGAN menantu dan mentua ada pahit serta manisnya tetapi akan menjadi satu masalah besar jika sepanjang masa bermasam muka.

Seperti kisah wanita ini, dia meluahkan rasa buntu apabila berasa perkahwinannya seolah-olah tidak punya ruang privasi gara-gara sikap ibu mentua.

Katanya, sejak menerima kata-kata pedas daripada mentua yang membuatkan hatinya terguris, dia memilih untuk menjaga jarak hubungan antara mereka.

Krisis antara mentua dan menantu sering berlaku dalam kebanyakan rumah tangga. -Gambar hiasan

"Saya balik kampung dia sebulan atau dua kali saja. Dulu masa baru kahwin tiap minggu balik. 

"Tapi sejak dia keluarkan kata-kata yang mengguris hati, saya jauhkan diri. Saya pun tak telefon dia tanya khabar dah.

"Dulu saya tak pernah kedekut dengan dia, belikan beg, tudung. Tapi disebabkan lidah dia 'tajam' saya jadi tawar hati," ujarnya dalam hantaran di Threads.

ARTIKEL BERKAITAN: Mentua tinggal sebumbung tuduh menantu perempuan tak solat, banyak soal tentang agama - "Anak sendiri pun tak betul"

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri berpantang anak sulung, suami mengaku terlanjur dengan bapa mentua! Nafsu gelora lepas cuci rumah sewa - “Dia puji saya seksi”

Namun sejak dia menjauhkan diri daripada ibu mentua, wanita itu bertindak menghubungi suaminya setiap hari.

Lebih menekan perasaan, katanya, mentua turut menggunakan aplikasi Life360 untuk melihat pergerakan mereka.

"Ke mana saja kami suami isteri pergi, dia akan buat-buat call tanya ada dekat mana. Padahal dia dah tengok Life360.

  • Wanita buntu rumah tangga dikongkong ibu mentua.
  • Sejak terguris dengan kata-kata mentua, dia pilih untuk tidak selalu balik kampung.
  • Mentua pula hari-hari hubungi suami selepas dia menjauh.
  • Lebih tertekan bila lokasi mereka dipantau melalui Life360.
  • Netizen anggap pelik, tapi pesan tetap hormati mentua.

"Setiap kali macam tu. Saya rasa macam perkahwinan yang tak ada privasi dan dikongkong," jelasnya.

Menurutnya, isu tersebut sudah dibincangkan bersama suami dan mereka sedang mencari jalan keluar demi ketenangan rumah tangga.

Meninjau ke ruangan komen, ada netizen yang turut meluahkan rasa pelik dengan tindakan ibu mentua wanita tersebut.

Komen netizen pada hantaran asal.

"Sampai ada Life360 mentua awak. Pelik-pelik je. Cukup kongsi dengan suami isteri saja la.

"Jika ada terasa hati, menjauh lebih baik dari dekat. Tapi kita menyakitkan hati dia.

"Mentua ni, sama taraf dengan ibu yang wajib dihormati. Tapi kadang tu, mentua lupa untuk menjaga hati menantu," komen beberapa netizen.

Artikel Lain