HUBUNGAN baik dengan jiran perlu diteruskan sepanjang masa tidak kira di mana kita tinggal, namun ada kalanya sikap kurang peka mereka boleh mencetuskan rasa tidak puas hati.
Seperti perkongsian wanita ini, dia menceritakan tentang tindakan jirannya yang selamba meletakkan kereta sehingga menghalang laluan di hadapan rumah ibunya.
Menurut wanita tersebut, dia bertindak sedemikian kerana jirannya telah memasang khemah terlalu awal untuk majlis kenduri yang dijadualkan berlangsung pada hujung minggu.
Hidup berjiran perlu ada sikap bertolak ansur. -Gambar hiasan AI
"Hilang rasa nak kencing bila jiran mak saya block (sekat) jalan sebab rumah dia ada khemah. Saya sudah tekan hon tiga kali dan dia buat signal (isyarat kepala) macam 'apa?'.
"Saya buka tingkap, (tanya) Kereta siapa ni? Awak? Alihkan. Majlis bukan malam ni kan? Sabtu kan? Jadi alihkan sekarang.
"Tak kan awak nak saya dan jiran lain pusing jauh sebab (khemah) awak?" ujarnya menceritakan semula kejadian pada Khamis.
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita geram jiran T20 parkir di laman kosong sebelah dapur, dah tegur tapi makin menjadi-jadi - “Rumah dia ada porch besar”
ARTIKEL BERKAITAN: Jiran ada hampir 10 kereta, parkir merata halang laluan! Lewat bangun pagi, selagi tak kejut tak kan alih kenderaan
Wanita itu turut mengakui dia sengaja melaraskan kamera papan pemuka (dashcam) ketika bercakap dengan jiran berkenaan.
Dia bertindak sebegitu seolah-olah mahu membuat laporan berkenaan apa yang sedang berlaku antara mereka berdua.
"Dia acah-acah geleng kepala, terus alihkan kereta. Saya saja je betulkan dashcam masa cakap dengan dia biar dia ingat saya nak report ke apa.
- Seorang wanita tak puas hati jiran letak kereta hingga sekat jalan depan rumah ibunya.
- Situasi berpunca daripada khemah kenduri yang dipasang terlalu awal.
- Wanita itu tegur jiran, siap laraskan dashcam supaya nampak macam nak buat laporan.
- Katanya, jiran pernah letak kerusi betul-betul halang jalan selepas dia menegur.
- Netizen nasihat suruh bertoleransi, ada juga sokong tindakan guna dashcam.
"Pagi tadi (Jumaat) saya tengok, nasib baik dia tak letak kerusi (halang jalan). Semalam lepas saya 'sound', dia letak kerusi betul-betul halang jalan," jelasnya.
Situasi tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada warganet yang faham dengan situasi yang perlu dilalui wanita ini.
Rata-rata menasihatkan supaya wanita ini lebih bertoleransi demi menjaga keharmonian hidup berjiran.
Antara komen netizen.
"Mulakan dengan salam. Cakap dengan bahasa lunak, lebih harmoni rasanya hidup berjiran. Esok lusa mungkin saling memerlukan.
"Kenapa masih ada yang buka khemah di kawasan taman yang lorongnya sempit. Buatlah kenduri dekat dewan, padang atau masjid. Mana-mana tanah lapang boleh disewa.
"Sama spesis dengan aku. Kalau macam tengah gaduh dengan warga asing macam halang laluan ke apa, terus acah tekan butang dekat dashcam. Nak beritahu kita rakam," demikian antara komen netizen.