suria

Sorok barang kemas RM150,000 bawah tilam hotel, wanita cemas tengok keadaan bilik lepas seharian keluar jalan-jalan

Barang kemas yang disorok di bawah katil (kiri).

LUMRAH bagi gologan wanita untuk membawa barang kemas bersama-sama apabila pergi bercuti atau melancong ke destinasi tertentu.

Bagi mereka, aksesori itu boleh menjadi pelengkap gaya apabila bergambar outfit of the day (OOTD) yang kemudiannya dimuat naik ke media sosial.

Turut membawa barang kemas bersama apabila bercuti, seorang wanita berkongsi detik cemas apabila aksesori emas bernilai hampir RM150,000 tidak berada di ruang ia disimpan.

Berkongsi cerita, Norfathiah Hadibudin berkata, kejadian berlaku beberapa bulan lepas semasa dia dan suami bercuti di Kuala Lumpur.

Ibu negara merupakan destinasi menarik untuk dikunjungi.

Kuala Lumpur salah satu destinasi menarik untuk dikunjungi.

"Semua barang kemas simpan di peti besi bank, hanya tiga empat bentuk untuk dipakai sahaja yang bawa.

"Satu hari tu nak keluar, malas nak bawa sebab bawa handbag kecil.

"Saya menginap di hotel lima bintang yang ada peti besi, tapi banyak kali buat, peti besi tu tak 'menjadi' jadi kami decide untuk letak bawah tilam," ujarnya sambil menyatakan situasi mereka ketika mahu menyimpan aksesori itu agak kelam kabut.

ARTIKEL BERKAITAN: Usahawan bawa barang kemas RM180,000 pergi umrah ‘gigit jari’, dakwa bagasi digeledah semasa transit balik KL

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Lembaga’ ceroboh bilik, siap tidur nyenyak atas katil! Suami isteri bengang pekerja hotel cuai, tuntut ‘refund’ penuh

Bertawakal dengan langkah yang diambil, dia kemudian pergi berjalan-jalan sekitar ibu negara sehingga pukul 10 malam.

Setibanya di hotel, dia terkejut apabila melihat bilik hotel yang disewa berada dalam keadaan bersih dan kemas dengan cadar diganti dengan yang baharu.

Menyedari biliknya telah dimasuki tukang cuci membuatkan dia cemas memikirkan tentang barang kemas yang disimpan di bawah tilam.

"Dalam hati aku 'Ah mampus barang emas aku!'. Tak jangka yang 'housekeeping' akan masuk kemas bilik walaupun tidak diminta.

  • Norfathiah bawa barang kemas bernilai hampir RM150,000 semasa bercuti di Kuala Lumpur.
  • Peti besi hotel tak berfungsi, jadi dia dan suami letak barang kemas bawah tilam kerana kelam-kabut nak keluar.
  • Balik hotel jam 10 malam, bilik sudah siap dibersihkan housekeeping walaupun tidak diminta, membuatkan dia panik.
  • Barang kemas masih selamat tapi kedudukan beralih.
  • Syukur pekerja housekeeping jujur, netizen nasihat agar sentiasa guna tag “Jangan Ganggu (DND)” untuk elak bilik dimasuki.

"Kelam kabut aku dan suami lari masuk bilik angkat tilam, Allahu masih ada rezeki kami, tapi tempat duduk barang kemas tu beralih," ujarnya lagi.

Dia yang ketika itu bimbang sekiranya terdapat barang kemas yang dicuri mula mengira satu per satu jumlah yang dibawa.

"Aku ambil dan buka kira rantai dan gelang, cukup... cuma cincin aku keliru ada bawa berapa, tapi rasa Alhamdulillah semua cukup," tambahnya lagi.

Menurut Norfathiah kejadian itu membuatkan dia menzahirkan rasa syukur dan memuji sikap pekerja hotel yang jujur.

Warga maya berkongsi pengalaman masing-masing.

Warga maya berkongsi pengalaman masing-masing.

Malah katanya, pekerja tersebut merupakan warga Bangladesh.

Di ruangan komen, netizen turut berkongsi pengalaman hampir sama selain menasihatinya supaya menggantungkan 'tag' DND (do not disturb) pada pintu.

"Sangkut tag DND pada tombol pintu tapi kalau hotel mewah memang mereka tak berani curi.

"Mungkin dia fikir nak kerja lama, cari rezeki untuk anak-anak. Alhamdulillah dapat orang jujur.

"Saya pernah alami perkara ni 25 Januari 2020, saya anggap tak ada rezeki.. yang ambil, memang kaya kejap je, masa tu amaun lebih kurang RM20,000," demikian antara reaksi netizen. 

Artikel Lain