SEORANG wanita meluahkan rasa terkejut selepas menyedari wujudnya kelompok ibu bapa yang mempunyai sikap dan mentaliti cukup positif dalam memastikan anak-anak berjaya dalam pendidikan.
Dia kemudian berkongsi pengalaman itu di laman Thread bagi membuka mata masyarakat tentang fungsi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), serta kelompok alumni di sekolah-sekolah berprestij.
Sebagai bekas pelajar sekolah harian biasa, wanita itu mengakui budaya dan semangat kebersamaan yang ditunjukkan golongan ibu bapa di sekolah berasrama penuh (SBP) atau Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) amat luar biasa.
Program PIBG sekolah harian selalunya dihadiri segelintir ibu bapa sahaja. -Gambar hiasan
"Bukan produk dari SBP mahupun MRSM, aku dulu sekolah harian.
"Apabila anak masuk MRSM, terkejut PIBG memang dahsyat," ujarnya yang turut memuji kelompok alumni.
Antara perkara yang membuatkan dia terkesima adalah golongan tersebut sentiasa melibatkan diri dalam hal ehwal sekolah anak.
ARTIKEL BERKAITAN: Mahu anak berjaya tapi kedekut bagi sumbangan PIBG! Ibu bapa disaran contohi MRSM, SBP, SJKC
ARTIKEL BERKAITAN: Ibu bapa bersuara, agenda mesyuarat PIBG dianggap kuno... Meleret sambut VIP punca ramai tak hadir - “Cikgu pun meluat, buang masa!”
Malah apabila pihak sekolah membuat kutipan derma untuk apa jua tujuan, kelompok tersebutlah yang pertama tampil memberi sumbangan.
"Minta derma untuk beli hand sanitizer bagi cegah influenza, tak sampai sejam dah tutup sebab dah cukup dana.
"Nak buat tuisyen untuk anak-anak, tak sampai seminggu ada solusi.
- Seorang wanita terkejut lihat semangat dan budaya positif ahli PIBG dan alumni di SBP serta MRSM yang berbeza dengan sekolah harian.
- PIBG mereka cepat bertindak selesaikan isu sekolah, dari kutipan dana hinggalah program motivasi pelajar.
- Contoh paling ketara, segera hulur sumbangan apabila diminta.
- Mereka turut terlibat secara langsung dalam program kerohanian seperti bacaan Yassin mingguan.
- Rata-rata netizen setuju mentaliti positif komuniti pendidikan berprestij memberi impak besar terhadap motivasi pelajar, dengan guru dan ibu bapa bergerak seiring demi kejayaan anak-anak.
"Kalau nak beli hadiah ekstra untuk anak-anak pula, berebut-rebut orang nak taja," kongsinya.
Tidak terhenti di situ, ibu bapa juga terlibat secara langsung dalam program bacaan Yasin meskipun diadakan secara dalam talian.
"Anak-anak nak hadapi peperiksaan, setiap minggu buat bacaan Yasin online," tambahnya, yang turut memuji tindakan setiap ibu bapa yang sanggup meluangkan masa, tenaga dan wang.
Warga maya turut berkongsi pengalaman masing-masing.
Kisah ini secara tidak langsung mencetuskan perbincangan dalam kalangan netizen yang rata-rata mengakui mentaliti positif komuniti pendidikan mampu memberi kesan besar terhadap motivasi serta perkembangan pelajar dan pembangunan sekolah.
"Sebab pemikiran sama dan tujuan sama untuk anak, jadi senang.
"Ini yang tidak ada dekat sekolah harian, tapi kalau perasan ibu bapa sekolah SBP ni mereka tidak 'merentan' macam keluarga sekolah harian.
"Ada cikgu pernah kongsikan, anak yang hebat ni selalunya effort parents sama level dengan guru di sekolah," demikian antara reaksi warga maya.