PEMBERIAN subsidi bersasar petrol RON95 di bawah inisiatif Budi Madani (BUDI95) terus mendapat pelbagai reaksi daripada rakyat.
Terbaharu, seorang lelaki meluahkan rasa bimbang apabila dia telah menggunakan hampir separuh kuota subsidi yang diperuntukkan untuk setiap individu.
"Baru tiga hari masuk bulan Oktober, aku dah guna 100 liter BUDI95.
Masyarakat perlu memberikan MyKad sebelum membuat bayaran pengisian BUDI95. -Gambar hiasan
"70 liter daripadanya digunakan untuk outstation sebab tugas jabatan," luahnya di laman Thread.
Pada masa sama, dia memberi bayangan bahawa subsidi bersasar 300 liter sebulan itu tidak mencukupi untuk menempuh perjalanan sepanjang 28 hari lagi.
"Lagi 28 hari macam mana agaknya ya?" soalnya lagi.
ARTIKEL BERKAITAN: Juruwang stesen minyak ‘disembur’ pelanggan wanita, berang diminta bayar RON95... Sangka BUDI95 program petrol percuma
ARTIKEL BERKAITAN: “Patut la ramai bash BUDI95” - Cikgu sampaikan rungutan pelajar, geram kena isi minyak motosikal tanpa subsidi gara-gara tiada lesen
Berdasarkan hantaran yang dibuat, lelaki ini dipercayai bertugas sebagai kakitangan kerajaan kerana dia memaklumkan melakukan tugas untuk jabatan.
Luahan yang dibuatnya itu ternyata mengundang pelbagai reaksi daripada warga maya.
Ramai yang mempertikaikan tindakannya menggunakan minyak subsidi untuk tujuan kerja luar pejabat.
- Seorang lelaki bimbang kerana sudah guna 100 liter petrol subsidi dalam masa tiga hari pertama Oktober, sebahagian besarnya untuk tugasan luar.
- Dia persoal bagaimana mahu teruskan perjalanan dengan baki 28 hari lagi, sekali gus mepersoalkan tentang peruntukan kuota petrol subsidi.
- Warga maya pertikai tindakannya kerana minyak subsidi itu digunakan untuk tujuan kerja luar pejabat, sedangkan kos perjalanan boleh buat tuntutan kepada majikan.
- Netizen berpendapat subsidi bersasar sepatutnya digunakan untuk keperluan peribadi, bukannya menampung kos jabatan atau syarikat.
Sedangkan tugasan yang dilakukannya itu sepatutnya boleh dibuat tuntutan (claim) semula daripada syarikat atau jabatan.
"Abang ni sama ada baru habis graduasi atau baru pertama kali kerja mahupun nak 'ragebait' sebab kalau guna minyak untuk tugas jabatan, boleh claim.
"Kalau pergi outstation, tak payah guna BUDI95... buat tuntutanlah pada syarikat.
Warga maya mempertikaikan tindakannya menggunakan subsidi untuk tugasan pejabat.
"Kenapa guna kemudahan peribadi untuk syarikat?
"Aku yang swasta pun claim kat syarikat," demikian antara reaksi warga maya.
Untuk rekod, setiap rakyat Malaysia yang mempunyai lesen memandu kompeten yang sah diberikan subsidi petrol RON95 sebanyak 300 liter sebulan.
Penggunaan yang berlebihan daripada jumlah yang diperuntukkan membuatkan seseorang itu perlu membayar pada harga biasa iaitu RM2.60 seliter.