ISU ponteng sekolah bukan perkara baharu, namun apa yang merisaukan ada ibu bapa sanggup menutup kesalahan bagi pihak anak mereka.
Seorang guru meluahkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir ibu bapa yang sanggup memberi pelbagai alasan tidak munasabah apabila anak tidak hadir ke sekolah.
Menurutnya, sikap sedemikian secara tidak langsung menjejaskan disiplin dan tanggungjawab pelajar terhadap pelajaran.
Ponteng sekolah akan mengakibatkan pelajar ketinggalan. -Gambar hiasan
"Anak tak hadir ke sekolah, mak WhatsApp dalam group kelas minta maaf cikgu anak saya tak hadir hari ni sebab hujan lebat.
"Bayangkan, hujan lebat pukul 1 petang. Anak sepatutnya masuk ke sekolah pukul 12.20 tengah hari," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Bapa sindir cikgu dalam grup WhatsApp, tak puas hati anak ditegur datang lewat... Rela mengaku salah sendiri ‘terbabas’ tidur
ARTIKEL BERKAITAN: Guru dedah kenapa ramai ibu bapa hantar anak ke SJKC! Tak 'berderet' program, murid-guru kekal fokus... PIBG padu
Jelasnya, apabila disoal oleh guru, murid tersebut mengakui sendiri punca sebenar dia tidak hadir adalah disebabkan bangun lambat.
"Bila cikgu tanya anak sebab apa kamu tak hadir ke sekolah semalam? Saya bangun tidur pukul 2 petang, cikgu.
- Seorang guru kecewa ibu bapa beri alasan tak munasabah untuk anak ponteng sekolah.
- Dalam satu kes, seorang ibu beri alasan hujan lebat, tapi murid sendiri bangun tidur jam 2 petang.
- Guru mendapati ramai murid dengan rekod kehadiran lemah sering alasan sama – bangun lewat.
- Hasil pemerhatian, ada keluarga yang mempunyai rutin harian bangun lambat.
- Guru berpendapat masalah utama bukan hanya pada murid, tetapi sikap ibu bapa yang gagal membentuk disiplin anak.
"Terbaiklah parents zaman sekarang. Tolong cover anak," katanya, sinis.
Perkongsian guru tersebut disokong oleh seorang lagi pendidik yang mendakwa kebanyakan murid dengan rekod kehadiran lemah sering memberi alasan sama iaitu bangun lewat.
Reaksi netizen
"Mostly kelas yang saya ajar, murid yang kehadiran teruk kalau ditanya akan kata bangun lambat. Bila ditanya lanjut, rupanya satu famili bangun lambat.
"Seminggu paling banyak dia datang dua kali. Then I realised yang bermasalah bukan anak, tapi ibu bapa," katanya.