suria

Dah la PJJ, lebihkan emak pula! Isteri bengang suami sering mungkir janji dengan anak demi santuni ibu

Sikap suami melebihkan ibu mengecewakan isteri. -Gambar hiasan

SEORANG wanita meluahkan rasa kecewa apabila suami didakwa mengutamakan ibunya sehingga sanggup mengabaikan janji kepada anak mereka.

Menurutnya, dia dan suami menjalani perhubungan jarak jauh (PJJ) tetapi lelaki itu kerap memungkiri janji untuk membawa anak-anak keluar berjalan sejak beberapa bulan lalu.

Dia memberi contoh situasi yang mana suami menolak untuk membawa anak keluar dengan memberi alasan mahu menguruskan ibunya.

Anak-anak cukup gembira apabila ibu bapa meluangkan masa dengan bercuti.- Gambar hiasanAnak-anak cukup gembira apabila ibu bapa membawa mereka pergi bercuti.- Gambar hiasan

"Dia dah janji dengan anak dari bulan lepas nak ke Petrosains, ganti tak jadi ke zoo sebab mak dia melawat anak adiknya di Johor.

"Saya diamkan je la, tapi hari ni mak ajak suami jumpa dukun patah. Walhal beberapa hari sebelum tu saya dah suruh dia bawa mak (berubat) tapi dia kata dah baik," luahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Lepas Bezza, minta pula Ativa! Wanita kecewa suami asyik belikan mentua kereta baharu... Anak isteri sendiri ‘mengemis’ minta nafkah

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita risau trend ‘halalkan’ anak ponteng sekolah sebab balik kampung... Sekali ‘diserang’ geng ibu bapa, guru

Tambah wanita itu, anak mereka kecewa kerana janji dimungkiri dan lebih menyedihkan suami juga melarang dia dan anak-anak pergi tanpa ditemaninya,

"Awak berjanji dengan mak ke dengan anak? Awak tengok sendiri anak dah siap, dari pukul 7 pagi dia bangun mandi, excited nak pergi.

"Tiket semua saya dah beli. Saya nak pergi sendiri awak tak bagi," katanya mengimbas kembali kata-kata diucapkan kepada suami.

  • Seorang isteri kecewa suami kerap mungkir janji terhadap anak kerana terlalu utamakan ibunya.
  • Anak-anak dah lama tunggu untuk dibawa ke Petrosains, namun hampa bapa mungkir janji.
  • Suami larang isteri bawa anak keluar tanpa dirinya, meskipun tiket dah dibeli awal.
  • Ibu mentua tinggal bersama anak lain, tapi masih mahu pasangan ini urus keperluannya.
  • Netizen berpandangan tinggal serumah dengan ibu bapa atau mentua sering jadi punca anak gagal beri tumpuan pada keluarga sendiri.

Lebih mengecewakan ibu mentuanya bukan tinggal bersendirian, sebaliknya menetap sebumbung dengan abang iparnya sekeluarga.

"Bila urusan dah selesai, mak dia pula tiba-tiba ajak suami beli barang dapur, padahal baru dua hari lepas saya hantar.

"Apa guna abang suami ada dalam rumah tu? Kadang saya fikir, penat kena pijak-pijak macam ni. Melampau sangat," katanya.

Reaksi netizenReaksi netizen

Netizen berpandangan masalah sebegini timbul apabila anak, menantu masih tinggal bersama ibu bapa dan pada masa sama ibu bapa tak memberi ruang buat anak membina kehidupan sendiri bersama keluarga.

"Sebab tu seboleh-bolehnya jangan serumah dengan ibu bapa atau mentua. Biar duduk sendiri, privacy semua terjaga.

"Ni salah satu taktik mentua tak nak anak yang dia sayang rapat dengan orang lain," antara komen netizen.

 

Artikel Lain