suria

Peniaga ditegur tunjuk muka pelanggan masa buat 'live'... Tayang saja produk sendiri, hormat privasi pembeli

Bukan semua pelanggan suka wajah mereka ditayangkan di media sosial. -Gambar hiasan AI

SIARAN langsung di media sosial kini menjadi trend dalam kalangan peniaga kecil untuk memperkenalkan produk atau jualan masing-masing.

Namun terdapat pelanggan berasa kurang senang apabila wajah mereka ditunjukkan kepada umum tanpa izin.

Seorang pembeli wanita menegur amalan yang sudah jadi 'trend' tersebut kerana berpendapat ia tidak wajar dan menjejaskan privasi pelanggan.

Peniaga kecil terutama menjual makanan menjadikan media sosial untuk mempromosikan produk. -Gambar hiasanRamai peniaga kecil menjadikan media sosial untuk mempromosikan produk. -Gambar hiasan

“Boleh tak jangan normalise berniaga sambil live tapi kamera tunjuk muka customer

"Buatlah live untuk tunjuk menu ke, atau penjual itu sendiri, tapi jangan sesekali tunjuk muka pelanggan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga TikTok tak berhati perut jual emas 0.002 gram pada harga RM30 seunit! Sekelip mata dapat RM15,000 segram

ARTIKEL BERKAITAN: Umur 40 tahun ke atas paling biadab, banyak hal! Peniaga urut dada, migrain layan kebanyakan pelanggan berusia

Jelas wanita itu, tindakan sedemikian secara tidak langsung menyebabkan rasa tidak selesa dan kemungkinan peniaga kehilangan pelanggan. 

  • Siaran langsung jualan yang dibuat peniaga ditegur kerana menayangkan wajah pembeli tanpa izin.
  • Seorang wanita anggap tindakan itu tidak wajar dan boleh jejaskan privasi.
  • Netizen cadang peniaga hanya tunjuk menu, proses penyediaan atau pembungkusan makanan.
  • Sesetengah pelanggan rasa malu kerana kadangkala keluar dengan penampilan biasa tapi ditayang kepada umum.
  • Ramai berpandangan trend ini boleh menyebabkan peniaga kehilangan pelanggan.

"Sebagai pembeli fikir banyak bab ini untuk singgah support, maaf andai terguris hati mana-mana pihak," katanya.  

Teguran itu mendapat sokongan warga maya yang berpendapat peniaga sepatutnya lebih kreatif, contohnya hanya menayangkan proses penyediaan atau pembungkusan makanan.

“Setuju. Tunjuk seller packing makanan lagi okay. Jangan tunjuk customer,” kata seorang lagi pengguna.

Pelanggan dan peniaga perlu saling memahami. -Gambar hiasan AIPelanggan dan peniaga perlu saling memahami. -Gambar hiasan AI

Malah ada pelanggan mengakui mereka berasa tidak selesa kerana kamera dihalakan secara langsung ke arah mereka yang datang membeli.

“Kita ni kadang keluar selekeh saja sebab kedai dekat rumah. Malu pula bila wajah kita dipertontonkan pada netizen,” ujarnya.

 

Artikel Lain