suria

Ibu 3 kali kantoi curang sampai bapa masuk wad mental, remaja 14 tahun luah derita - "Hancur hati terbaca chat mak"

Ibu bapa tidak sepatutnya bergaduh di hadapan anak-anak. -Gambar hiasan

LUAHAN seorang remaja lelaki berusia 14 tahun berhubung kecurangan ibunya, mengundang simpati warga maya.

Lebih menyedihkan apabila dia turut mendedahkan bahawa bapanya terpaksa dimasukkan ke hospital psikatri disebabkan masalah rumah tangga yang dialami.

"Saya baru dapat tahu yang mak saya curang semalam, ya Allah sumpah rasa nak nangis, dah tiga kali macam ni.

"Pertama kali masa 2017, kedua pada 2023 dan terkini 2025," ujarnya yang ingin dikenali sebagai Farish.

Keganasan rumah tangga turut memberi kesan pada anak-anak. -Gambar hiasan

Keganasan rumah tangga turut memberi kesan kepada anak-anak. -Gambar hiasan

Menurut anak sulung daripada tiga beradik ini lagi, kecurangan terbaharu ibu pada 2023 menyebabkan kehidupannya berubah secara keseluruhan.

"Ayah saya kena masuk wad psikatri dan ayah pukul mak dari 2023 sehinggalah sekarang (2025).

"Saya ada dua lagi adik, masing-masing berusia sembilan dan empat tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak-anak remaja buat ibu macam hamba dalam rumah... Teguran suruh buat kerja dibalas sepak terajang!

ARTIKEL BERKAITAN: Anak perempuan tingkatan 4 kemaruk cinta mat rempit! Memberontak kemahuan dihalang ibu bapa

"Saya tak sanggup melihat mereka menangis setiap kali ayah pukul mak," katanya yang buntu dengan situasi berlaku.

Remaja ini turut mengaku berasa kecewa dan sedih selepas membaca mesej perbualan ibunya dengan lelaki terbabit.

Malah dia juga tidak mempunyai tempat untuk meluahkan kesedihan yang dirasai kerana bimbang dipandang serong dan dihakimi.

  • Luahan remaja lelaki 14 tahun mengenai kecurangan ibunya undang simpati ramai.
  • Bapanya dimasukkan ke hospital psikiatri kerana masalah rumah tangga serta sering pukul ibu sejak 2023.
  • Remaja itu adalah anak sulung daripada tiga beradik, dedah ibunya curang pada 2017, 2023 dan 2025.
  • Dia kecewa membaca mesej perbualan ibu dengan lelaki lain, namun tiada tempat untuk meluahkan kerana takut dipandang serong.
  • Warga maya simpati, nasihat Farish untuk cari perlindungan, hubungi saudara mara atau talian bantuan 15999 (Talian Kasih).

"Tolong bagitahu apa yang saya patut buat? Sumpah penat.

"Hancur hati bila terbaca chat mak dengan lelaki tu," tambahnya lagi.

Luahannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan rata-ratanya meluahkan rasa simpati.

Netizen memberikan pandangan dan nasihat bagi membantu pengadu.

Netizen memberikan pandangan dan nasihat bagi membantu pengadu.

Tidak kurang juga yang memintanya mendapatkan pertolongan daripada saudara mara.

"Kejamnya, budak umur 14 tahun datang meluah di Thread, mesti selama ini dia hadap seorang diri.

"Abang penah lalui apa yang adik rasa untuk ni. Sebaik-baiknya, kalau nampak ayah tengah marah... lari masuk bilik, jangan tengok.

"Kalau rasa terlalu berat, boleh cuba hubungi 15999 (Talian Kasih).  Ada orang terlatih yang sudi dengar dan bantu," demikian antara reaksi warga maya.

Artikel Lain