ADAB dan tatasusila ketika berada di tempat awam, khususnya kedai makan atau restoran yang sesak sering menjadi isu dalam masyarakat.
Terbaharu, seorang wanita mempersoalkan tindakan pelanggan yang masih duduk di meja makan bagi menikmati segelas air yang dipesan.
Baginya, individu tersebut tidak mempunyai 'common sense' kerana tidak meninggalkan tempat duduk meskipun sudah menghabiskan makanannya.
Ada individu akan membungkus makanan apabila mendapati restoran penuh pelanggan. -Gambar hiasan
Tambahan pula, pada masa itu, terdapat ramai pelanggan yang sedang beratur dan cuba mendapatkan tempat duduk.
"Apa perasaan orang yang jenis nampak barisan panjang beratur nak makan dan kau boleh duduk dekat meja makan.
"Lepas tu kau melepak minum air sendirian, bukan dengan keluarga atau kawan," tulisnya di Thread.
ARTIKEL BERKAITAN: Makanan tak sedap... Pelanggan sound ‘owner’ kedai, kutuk dalam Google reviu! Puas berjaya dapat ‘refund’
ARTIKEL BERKAITAN: Sudahlah perut lapar, peniaga pula biadab! Pelanggan terkedu disindir tauke restoran, pesanan nasi goreng disuruh ambil esok
Malah dia mempersoalkan sama ada individu terbabit dilahirkan bebal atau sebaliknya.
"Memang bebal sejak lahir?" luahnya, geram.
Bukan itu sahaja, wanita ini turut berpandangan seseorang itu tidak perlu menjadi bijak semata-mata untuk mempunyai nilai kemanusiaan.
- Seorang wanita tegur pelanggan yang duduk lama di meja makan walau hanya minum.
- Wanita itu sifatkan individu terbabit tiada ‘common sense’ kerana ramai pelanggan sedang beratur.
- Dia tegaskan bahawa ‘basic human decency’ tidak perlukan kepintaran tinggi, cukup rasa hormat sesama manusia.
- Tindakannya mengundang kecaman kerana dianggap keterlaluan dan berkasar dalam tegurannya.
- Sebahagian netizen pertahankan individu berkenaan dengan alasan pelanggan yang beli makanan atau minuman tetap berhak guna meja, selagi dilakukan dengan sopan.
"Basic human decency, kau tak perlu jadi bijak untuk tengok orang tengah beratur nak makan," tambahnya dalam hantaran susulan.
Kenyataannya itu menerima pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial lain.
Namun malangnya, ramai yang mengkritik dan mempertikaikan tindakannya yang melemparkan kata-kata kesat kepada pelanggan terbabit meskipun menerusi hantaran peribadi.
Warga maya mempertikaikan kenyataannya yang mengherdik pelanggan di meja makan.
Bagi warga maya, wanita ini seharusnya menghampiri individu tersebut dan meminta izin untuk duduk semeja kerana setiap pelanggan layak berada di premis.
"Cermin diri dulu sebelum panggil orang bebal, kau yang jadi masalah sebenarnya.
"Dia ada hak untuk duduk di situ sebab beli minuman, siapa datang dulu, dia dapat tempat dulu... kalau kau rasa tak cukup meja, pergi tanya elok-elok untuk kongsi meja.
"Pernah duduk meja panjang seorang diri sebab meja lain penuh, kemudian satu kumpulan perempuan datang tanya boleh duduk sekali ke dan aku tak kisah pun," demikian antara reaksi warga maya.