suria

Kenalan lelaki di P. Pinang ajak jumpa tapi tak muncul, wanita KL makan rojak sotong sambil menangis... Sia-sia cuti 5 hari!

Pulau Pinang terkenal sebagai syurga makanan. -Gambar hiasan AI kanan.

SEORANG wanita meluahkan rasa kecewa selepas berdepan pengalaman pahit ketika berkunjung ke Pulau Pinang untuk bertemu seorang lelaki.

Menerusi perkongsian di media sosial, wanita itu menceritakan bahawa lelaki berkenaan merupakan kakitangan kerajaan dari Pulau Pinang yang ditemuinya semasa menghadiri kursus di Putrajaya.

Katanya, betitik tolak daripada pertemuan berkenaan dia dan lelaki tersebut kemudiannya berkawan.

Ditipu lelaki yang dicintai amat memedihkan. -Gambar hiasanDitipu lelaki yang dicintai amat memedihkan. -Gambar hiasan

"Kami berkawan dan dia cakap kalau datang Penang bagitau. Kita datang Penang tapi laki tu tak datang.

“Saya stay lima hari empat malam, tapi dia tak datang langsung. Tepat pukul 1 tengah hari sebelum saya pulang, baru dia buat pengakuan yang dia pernah berkahwin dan ada anak berumur empat atau tujuh tahun,” luahnya.

ARTIKEL BERKAITAN:

ARTIKEL BERKAITAN:

Wanita itu mengakui dirinya benar-benar kecewa dan berasa tertipu selepas mengetahui hal tersebut. 

Malah, pengalaman itu membuatkan dia berasa trauma setiap kali mendengar tentang Pulau Pinang.

  • Seorang wanita sedih dikecewakan lelaki yang dikenalinya semasa berkursus di Putrajaya.
  • Lelaki terbabit, kakitangan kerajaan di Pulau Pinang, ajak berjumpa jika dia datang ke negeri berkenaan.
  • Namun, selepas lima hari di Pulau Pinang, lelaki itu tak muncul dan hanya mengaku sudah berkahwin serta ada anak sebelum dia pulang.
  • Wanita itu berasa tertipu dan trauma, malah tekad menolak sebarang urusan ke Pulau Pinang selepas kejadian itu.
  • Netizen nasihat wanita berkenaan supaya tak salahkan Pulau Pinang, anggap perkara itu sebagai ujian dan pengalaman hidup.

“Sakit sangat sebab dari Kuala Lumpur ke Penang bukannya dekat. Kalau ada kursus ke apa ke, saya nekad untuk tolak saja. Cukuplah sekali,” katanya.

Tambahnya lagi, kenangan di Pulau Pinang menjadi begitu menyedihkan apabila dia terpaksa menahan sebak seorang diri.

“Kau bayangkan, saya makan rojak sotong sambil menangis. Malam-malam keluar seorang diri, memang sedih sangat,” katanya.

Reaksi netizenReaksi netizen

Netizen berpandangan trauma yang dialami wanita itu tiada kaitan dengan negeri Pulau Pinang hanya kerana dia dikecewakan oleh seorang lelaki.

"Anggap je ujian. Penang tak salah pun, yang salah individu. 

"Serious la sis? Trauma dengan lelaki boleh faham lagi tapi trauma dengan Penang tu pelik," antara komen netizen.

 

 

Artikel Lain