suria

Balik kerja 'moody', baran... Baling mainan anak hanya sebab masalah di ofis - “Kenapa suami aku macam ni?”

Bapa yang garang boleh menyebabkan anak-anak hidup dalam ketakutan. -Gambar hiasan AI

HIDUP sebagai seorang isteri pastinya tidak tenteram apabila dilayan tanpa hati dan perasaan oleh suami sendiri.

Di laman X, seorang wanita berkongsi cerita tentang suaminya yang disyaki tertekan dengan kerja sehingga menjejaskan hubungan dengan sesama ahli keluarga.

"Suami tiba-tiba balik kerja moody. Tak bagi salam, balik lambat 9.30 malam. Tunggu makan sekali, lepas tu dia buat muka depan anak-anak.

Suami tidak sepatutnya melayan isteri dengan kasar. -Gambar hiasan AI

"Lepas tu baling barang mainan anak yang tengah makan. Kesian anak, kesian diri aku. Setiap masa nak masam muka, aku pun terasa.

"Tunggu balik kerja nak happy tapi jadi macam ni. Apa salah aku? Aku tak suka keadaan macam ni," luah wanita itu.

Menurutnya lagi, dia bimbang sekiranya suaminya akan bertindak kasar jika berterusan dengan sikap 'moody' dan barannya.

  • Isteri tertekan suami sering balik kerja dalam keadaan marah.
  • Selain isteri, anak juga menjadi mangsa.
  • Dia mendakwa suaminya pernah lempar mainan anak.
  • Wanita itu berharap suaminya tidak bawa balik masalah tempat kerja ke rumah.

"Aku takut dia naik tangan dekat aku. Kadang tempias dekat anak. Benda ni trigger dekat aku bila dia moody. Memang tak bertegur sapa.

"Aku terkilan. Dia sebagai ketua keluarga buat tak endah. Stres kat tempat kerja (sepatutnya) boleh cerita.

"Kalau boleh, janganlah bawa hal kerja (balik rumah). Kesian anak. Kenapa suami aku macam ni? Aku pun stres 24 jam jaga anak," tulisnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ibarat kita ni habiskan duit dia” - Suri rumah malu dengan jiran, suami caci maki hanya kerana diminta bawa beg sekolah anak

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri dambakan belaian suami... Cuma 'sweet' depan orang, baran di rumah - “Mungkin jadi mayat baru dapat ciuman”

Di ruangan komen, warga maya menyelar lelaki itu kerana tindakannya yang boleh melukakan hati anak dan isteri. 

Namun, ada juga netizen memberi cadangan agar dia mengikuti kursus khas untuk belajar mengawal kemarahannya.

"Jantan pun nak 'period' juga ke? Lembik punya lelaki. Nak 'emo' dengan keluarga sendiri, macam pondan.

"Dia hanya pentingkan hati dan emosi dia saja. Dia ingat dia saja ada hati dan emosi dalam rumah tu," tulis netizen.

Artikel Lain