SEJAK kebelakangan ini amalan meminta bantuan kewangan secara terbuka di media sosial bagaikan sudah menjadi budaya sehingga munculnya kumpulan Facebook 'sedekah'.
Selain 'menjual' kisah sedih tentang masalah kewangan dan kesempitan hidup, ada yang tanpa segan silu meminta bantuan netizen untuk membantu melangsaikan hutang peribadi.
Seperti seorang individu ini, dia cuba mendapatkan ihsan daripada orang ramai bagi melunaskan hutangnya.
"Saya kena bayar hutang sebanyak ini, siapa boleh derma dekat saya?
Hantaran individu tersebut yang dikongsikan olehnya.
"(Bagi) seorang seringgit guys, buntu guys... terima kasih sangat," tulisnya sambil berkongsi tangkap layar menunjukkan jumlah hutang berjumlah RM4,707.94.
Hantaran yang dibuatnya itu mengundang pelbagai reaksi daripada warga maya dengan kebanyakannya meluahkan rasa kurang senang.
Tidak terkecuali, seorang wanita bernama Sya yang turut berkongsi semula ramun derma berkenaan di laman Thread.
ARTIKEL BERKAITAN: “Bodoh, kedekut betul bagi RM1 je!” - Individu tumpah air mata dihina pengemis, terus jadi tak ikhlas... Rasa malu nak bersedekah lagi
ARTIKEL BERKAITAN: Kawan ibu muka tembok, hutang lama tak bayar desak pinjam duit lagi! Suruh gadai gelang sedang dipakai
"Sakit betul masyarakat kita ni, kau berhutang lepas itu minta derma dekat orang untuk bayar.
"Seronoklah macam tu, aku pun nak minta derma macam ni," ujarnya sinis.
Bagi Sya, tindakan individu itu mencerminkan sikap tidak bertanggungjawab dan enggan berusaha.
- Trend minta sedekah online makin berleluasa, ramai guna kisah sedih untuk raih simpati.
- Seorang individu mohon derma bagi melangsaikan hutang peribadi lebih RM4,707.
- Pengguna Thread bernama Sya kecam tindakan itu, anggap ia tidak bertanggungjawab.
- Sya sendiri buat lima hingga enam kerja sehari demi mencari rezeki tanpa minta belas kasihan orang.
- Netizen anggap ramai hilang malu dan jadikan ‘ujian hidup’ sebagai alasan malas usaha.
Menjadikan diri sendiri sebagai contoh, Sya menyatakan dia melakukan lima hingga enam kerja sehari kerana mengetahui tanggungjawab diri.
Malah dia turut menyelar sikap segelintir individu yang gemar menggunakan alasan 'ujian kita berbeza' sehingga menormalisasikan perkara tersebut.
"Jangan nak cakap ujian kita berbeza. Usaha!
Warga maya turut meluahkan rasa kurang senang tentang sikap individu tersebut.
"Aku sendiri pun lima enam jenis kerja aku buat. Aku tahu ada tanggungjawab,” katanya lagi," tambahnya.
Di ruangan komen, warga maya bersetuju dengan pandangan Sya dan turut menyifatkan ramai dalam kalangan masyarakat kini mula hilang rasa malu hingga mengemis di media sosial.
"Ramai sangat spesis tak tahu malu mengemis kat Thread.
"Siapa yang tolong dermakan untuk dia memang tak cerdik, ramai lagi orang susah... dia yang berbelanja tak ingat poket.
"Dia beli barang, kemudian hutang tu orang lain kena bayar. Dia sedap pakai barang tu, kita pula yang struggle nak tolong bayarkan.
"Kalau ya pun terdesak sangat, cubalah usaha sedikit dengan sediakan servis dan perkhidmatan," demikian reaksi netizen.