suria

Cinta duda buat gadis dalam dilema, terbit rasa cemburu dengan bakal anak tiri... Risau zuriat sendiri ‘miskin’ kasih sayang bapa

Wanita perlu lebih memahami situasi apabila ingin berkahwin dengan seorang duda. -Gambar hiasan AI

BERTEMU jodoh dengan lelaki berstatus duda bukanlah sesuatu yang asing dalam masyarakat, namun ia boleh mengundang duka bagi seseorang wanita apabila perasaan cinta disulami rasa cemburu.

Begitulah yang diluahkan seorang wanita berusia 26 tahun ini apabila dia mula berbelah bahagi untuk teruskan hubungan dengan lelaki yang pernah berkahwin serta mempunyai tiga orang anak.

Menurut wanita itu dalam hantaran di Threads, dia mendedahkan bahawa hubungannya dengan lelaki berumur 36 tahun itu baru sahaja bermula pada bulan Ogos lalu. 

Setiap hubungan perlu ada persefahaman bersama. -Gambar hiasan

"Saya jatuh cinta dekat dia sebab situasi kami ni sama macam saya dulu. Ibu saya pun pernah bercerai ketika umur 36 tahun.

"Awalnya saya boleh terima kehidupan yang macam tu. Tapi lama-lama saya mula rasa cemburu, bersangka buruk dan macam-macam lagi.

"Saya masih dara dan memang nak lelaki yang teruna tapi saya dah suka dia. Macam mana nak lupakan atau hadapi dengan kenyataan yang dia pernah berkahwin," ujarnya yang buntu dengan situasi dialami.

ARTIKEL BERKAITAN: Cerai lepas 15 tahun kahwin, pemuda masih belek foto bekas bini... Isteri baharu makan hati, rasa diri sekadar pengganti

ARTIKEL BERKAITAN: Duda buntu, mak mentua bagi 'lesen' suruh kahwin adik ipar tapi risau kekok jumpa bekas isteri - "Dia pun cantik juga"

Jelas wanita itu, dia bimbang jika mereka berkahwin kelak, anak-anaknya dengan lelaki itu tidak akan mendapat kasih sayang sepenuhnya daripada seorang bapa apabila perlu dikongsi dengan tiga lagi zuriat hasil perkahwinan terdahulu.

"Saya pernah tanya boyfriend, kalau anak dia dan bekas isteri sakit serentak dengan anak kami nanti, macam mana dia nak uruskan?

"Dia cakap, dia akan tengok siapa yang lebih memerlukan. Saya kecewa jadi saya cakap dekat boyfriend yang saya kesian dengan anak saya (nanti).

  • Wanita 26 tahun dilema bercinta dengan duda 36 tahun ada anak tiga.
  • Dia jatuh cinta kerana kisah lelaki itu sama seperti pengalaman ibunya.
  • Namun lama-kelamaan timbul rasa cemburu dan ragu.
  • Dia bimbang anaknya nanti kurang kasih sayang bapa.
  • Netizen nasihatkan supaya nilai tanggungjawab lelaki itu dulu.

"Kalau dia dapat bapa yang tiada anak lain selain dia, anak kami tak akan dijadikan sebagai pilihan macam tu. Saya tak nak anak saya pun tiada kasih sayang seorang ayah," luahnya lagi.

Luahan jujur itu mengundang pelbagai reaksi daripada warga maya.

Ada yang menasihatkan agar wanita itu menilai tanggungjawab dan kemampuan lelaki tersebut sebelum membuat keputusan besar.

Antara komen netizen di media sosial.

"Jangan apabila sudah kahwin dengan lelaki bujang, kemudian apabila awak ada anak sendiri nanti cemburu dengan anak pula.

"Daripada fikir macam ni, elok awak tengok dia seorang yang bertanggungjawab atau tidak dekat anak dia sekarang. Baki gaji dia lepas nafkah anak dia tu, cukup ke tak nak sara awak dan sebagainya. Tengok yang ni dulu.

"Cari orang lain dik. Saya tahu, memang susah. Cakap je senang. Jelas sekali awak mesti akan ada masalah lain apabila bersama," komen beberapa warga maya.

Artikel Lain